Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengguna Touch N' Go E-Wallet Hilang Ribuan Ringgit Kerana Digodam!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Adakah anda salah seorang pengguna Touch n' Go E-Wallet? Sekiranya ya, bermula daripada hari ini, anda perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini. Baru-baru ini terjadi kes kecurian wang melalui transaksi tidak sah yang dilakukan sindiket penipuan.

Kes kecurian ini cukup merisaukan memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang menggunakan platform ini untuk tujuan jual beli, pengangkutan awam dan tol.


Dalam kejadian kecurian wang Touch n' Go E-Wallet yang telah terjadi baru-baru ini, seramai lapan orang guru telah membuat laporan berlakunya transaksi membabitkan ratusan hingga ribuan ringgit tanpa pengesahan mereka. Guru yang terlibat telah membuat laporan kepada parti politik, dengan harapan agar pihak polis,  Touch n' Go dan orang ramai sedar mengenai jenayah ini. 


Touch n Go E-Wallet guru-guru telah telah digodam sebelum berlakunya transaksi tambah nilai dan pemindahan wang dalam masa yang singkat.


Proses tambah nilai dapat dibuat memandangkan aplikasi dihubungkan dengan kad kredit atau akaun bank, ciri yang seringkali cuba digodam penjenayah siber.


CariCarz berharap agar kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada semua pembaca supaya sentiasa berhati-hati. Elak daripada menghubungkan kad kredit atau akaun bank dengan e-wallet bagi tujuan tambah nilai secara automatik. Sekiranya anda menggunakan kad kredit atau akaun bank untuk pelbagai tujuan lain, jangan lupa untuk memadamkan segala informasi berkaitan akaun anda selepas setiap transaksi yang berjaya. Walaupun tindakan ini agak menyusahkan, namun ini adalah jauh lebih baik daripada kehilangan semua wang simpanan. 


Kami berharap agar pihak polis, Touch n’ Go, bank dan syarikat-syarikat lain yang menghasilkan aplikasi e-wallet dapat mengambil langkah yang sepatutnya bagi meningkatkan sistem perlindungan dan mengurangkan risiko penggodaman dompet elektronik.


Anda salah seorang daripada pengguna e-wallet? Ada tips untuk dikongsikan? Tinggalkan komen anda dalam ruangan di bawah!








Tag:

TouchnGo
TouchnGoEwallet
Ewallet
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-10-2023
Berita Auto

20-03-2023
Berita Auto

15-03-2023
Berita Auto

19-01-2023
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

04-07-2023
Berita Auto

20-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026