Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengguna Touch N' Go E-Wallet Hilang Ribuan Ringgit Kerana Digodam!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Adakah anda salah seorang pengguna Touch n' Go E-Wallet? Sekiranya ya, bermula daripada hari ini, anda perlu berhati-hati menggunakan aplikasi ini. Baru-baru ini terjadi kes kecurian wang melalui transaksi tidak sah yang dilakukan sindiket penipuan.

Kes kecurian ini cukup merisaukan memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang menggunakan platform ini untuk tujuan jual beli, pengangkutan awam dan tol.


Dalam kejadian kecurian wang Touch n' Go E-Wallet yang telah terjadi baru-baru ini, seramai lapan orang guru telah membuat laporan berlakunya transaksi membabitkan ratusan hingga ribuan ringgit tanpa pengesahan mereka. Guru yang terlibat telah membuat laporan kepada parti politik, dengan harapan agar pihak polis,  Touch n' Go dan orang ramai sedar mengenai jenayah ini. 


Touch n Go E-Wallet guru-guru telah telah digodam sebelum berlakunya transaksi tambah nilai dan pemindahan wang dalam masa yang singkat.


Proses tambah nilai dapat dibuat memandangkan aplikasi dihubungkan dengan kad kredit atau akaun bank, ciri yang seringkali cuba digodam penjenayah siber.


CariCarz berharap agar kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada semua pembaca supaya sentiasa berhati-hati. Elak daripada menghubungkan kad kredit atau akaun bank dengan e-wallet bagi tujuan tambah nilai secara automatik. Sekiranya anda menggunakan kad kredit atau akaun bank untuk pelbagai tujuan lain, jangan lupa untuk memadamkan segala informasi berkaitan akaun anda selepas setiap transaksi yang berjaya. Walaupun tindakan ini agak menyusahkan, namun ini adalah jauh lebih baik daripada kehilangan semua wang simpanan. 


Kami berharap agar pihak polis, Touch n’ Go, bank dan syarikat-syarikat lain yang menghasilkan aplikasi e-wallet dapat mengambil langkah yang sepatutnya bagi meningkatkan sistem perlindungan dan mengurangkan risiko penggodaman dompet elektronik.


Anda salah seorang daripada pengguna e-wallet? Ada tips untuk dikongsikan? Tinggalkan komen anda dalam ruangan di bawah!








Tag:

TouchnGo
TouchnGoEwallet
Ewallet
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Berita Auto

Ramai Betul Guna RFID

Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan RFID menjelang penghujung 2024.

16-10-2023
Berita Auto
Berita Auto

Kenapa Perlu Masuk Lebuh Raya Sebelum Pukul 9 Pagi? Ini Kata PLUS!

Plus menggesa pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 9 pagi bagi tempoh 5 hingga 6 Februari 2022.

04-02-2022
Berita Auto

Parkir LPR: Bayar Parkir Secara Automatik Melalui Pengecaman Nombor Plat

LPR hanya digunakan di beberapa lokasi sahaja.

14-03-2025
Berita Auto

Tol Percuma Setahun, Sertai Peraduan Kumpulan Touch 'n Go

Kumpulan Touch 'n Go menganjurkan Peraduan Tol Percuma pada 10 September lalu.

13-10-2022
Berita Auto

Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell

Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia telah merasmikan pengisian petrol tanpa tunai.

11-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026