Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid E sebagai sebahagian daripada inisiatif global untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2050.

Harga jualannya yang bermula dari RM136,550 tanpa insurans menampilkan Sistem Elektrik Hibrid Toyota Generasi keempat.

Namun ada berita baik di sebalik pelancaran jentera baharunya.

UMW dilaporkan telah memulakan tahun 2022 dengan baik apabila berjaya menjual 7,528 buah kenderaan Toyota dan Lexus pada bulan lalu.


Ini bermakna, angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 96 peratus berbanding bulan sama tahun lepas iaitu cuma 3,845 unit berjaya dijual.

Tahukah anda? Model Vios dikatakan model kegemaraan rakyat Malaysia kerana ia menjadi model terlaris dalam kategori kenderaan penumpang, dengan mencatat 28 peratus daripada jualan keseluruhan.


Susulan itu, Hilux pula dilaporkan menerajui segmen trak pikap apabila mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 38 peratus daripada jumlah jualan bulan lepas.

Menerusi kejayaan terbaharu ini, nampaknya UMW Toyota Motor telah merampas semula gelaran jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia selepas enam tahun. Sebelum ini, UMWT cuma berada di tempat kedua.

“Kami bersyukur dengan  keputusan kerajaan  kerana melanjutkan insentif pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022.” kata presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.


Tag:

Toyota Yaris
Toyota Vios
Toyota Corolla Cross
toyota corolla cross hybrid
toyota2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Global

Bukan Calang-Calang, Toyota Dedah Toyota Yaris M Concept, Enjin Turbo 2.0L Dipasang Tengah-Tengah

Toyota sekali lagi berjaya mencuri perhatian para pengunjung pada pameran Tokyo Auto Show 2025 baru-baru ini, apabila syarikat tersebut mendedahkan sebuah prototaip Toyota Yaris M Concept.

14-01-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?

UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.

06-08-2024
Berita Auto

Toyota Laku Keras

Jualan keseluruhan pada suku pertama 2024 kini meningkat kepada 47,000 unit.

16-07-2024
Kereta Baru

Toyota Yaris G Limited – Versi Sporty Ini Terhad 600 Unit, Hanya RM99,600

Toyota Yaris G Limited kini ditawarkan di Malaysia, ini ciri berbeza yang terdapat pada model ini...

25-04-2024
Berita Auto

Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta

UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas

07-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026