Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LX600 - Hadir Dalam Empat Pilihan Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kenderaan Utiliti Sukan, Lexus LX 600 telah direka bentuk semula untuk keluaran tahun ini.

Jentera tersebut menawarkan empat pilihan trim iaitu Standard, Premium, Luxury, Ultra Luxury, dan F Sport.


Harga permulaan dari AS$106,950 (RM448,173.80).

Trim Premium menawarkan lima mod pemanduan, dibaluti upholsteri kulit, cermin belakang dengan HomeLink dan pintu belakang berkuasa elektrik dengan deria tendangan.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 20 inci dan stereng teleskopik.


Bagi LX 600 Luxury, ia menawarkan trim kayu dan sterengnya dibaluti dengan kulit.  Pilihan trim ini didatangkan rim aloi yang lebih besar iaitu 22 inci berbanding pakej Premium tadi.

Ia yang ditawarkan pada harga AS$127,200 (RM533,031.39), turut menawarkan sistem hiburan di tempat kerusi belakang, kunci pintar bersaiz dompet, dan 25 speaker Mark Levinson.

Beralih kepada LX 600 VIP Executive pula merupakan trim baharu untuk Lexus.


Ia yang dianggap sebagai model mewah menawarkan sistem urutan di bahagian tempat duduk belakang manakala tempat duduk barisan ketiga boleh direbahkan bagi memberi lebih banyak ruang untuk barisan tempat duduk kedua.

Trim ini menawarkan penyandar kepala VIP, kawalan iklim empat zon, trim pintu kayu dan skrin tujuh inci.

Begitupun, trim ini dijual pada harga AS$151,200 (RM 633,981.60).

LX 600 F Sport 1 yang ditawarkan pada harga AS$119,950 (RM 502,950.35) pula menawarkan ciri F Sport.

Pakej ini menawarkan pemanduan yang lebih sporty dan reka bentuk yang agak solid.


Dipadankan dengan rim F Sport 22 inci, ia juga menawarkan upholsteri kulit separuh Aniline.


Menyentuh mengenai prestasi enjinnya, LX 600 dikuasakan dengan enjin V6 3.4 liter yang menghasilkan 409 kuasa kuda bersama transmisi auto 10-kelajuan dan pacuan empat roda adalah ciri standard.

Begitupun, semua LX serba baharu ini didatangkan dengan Sistem Keselamatan Lexus +2.5.


Mengenai ciri keselamatannya pula, ia menawarkan sistem pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang,  Pemantau Pandangan Panoramik dan Bantuan Tempat Letak Kereta Intuitif dengan Brek Auto.


 


Gallery

Tag:

Lexus LX
Lexus F Sport
lexus 600
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lexus RX 500h F Sport 2023 Kini Di Malaysia – Dari RM498K

Lexus RX generasi kelima kini hadir dengan varian tertinggi baharu, RX 500h F Sport. Ini spesifikasinya...

18-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto