Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cherry Laku Lebih 60,000 Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta, Chery mencatatkan pertumbuhan jualan yang memberangsangkan menerusi pelancaran produk dan teknologi baharu, di samping usaha yang tidak putus untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan walaupun berhadapan dengan isu kekurangan cip di peringkat global.




Prestasi baik ini memudahkan syarikat untuk mencapai sasaran eksport tahunan mencecah 400,000 kenderaan seperti yang dinyatakan dalam strategi globalisasi Chery.


Pada bulan Februari sahaja, Chery telah berjaya menjual sebanyak 60,419 kenderaan termasuklah 19,997 unit yang terjual di luar negara China.  Jumlah jualan terkumpul untuk dua bulan pertama bagi tahun 2022 adalah sebanyak 147,459 unit termasuklah kenderaan yang dieksport iaitu sebanyak 46,897.



Di Brazil, Chery sekali lagi tersenarai sebagai salah satu daripada sembilandalam segmen kenderaan penumpang dengan jumlah mencecah 3,241 kenderaan pada bulan Februari, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave).


Jualan bagi bulan Februari Chery meningkat sebanyak 63 peratus tahun ke tahun atau mewakili 7.7% penguasaan pasaran. Chery berada di tangga kedua berbanding syarikat automotif lain, sementara itu model Tiggo 2 kekal sebagai SUV terlaris di negara itu.



Jualan setakat tahun ini ialah sebanyak 6,372 unit yang merangkumi 3.36 peratus dalam segmen pasaran kenderaan penumpang.  Arrizo 6 Pro berada di tangga keempat dalam segmen kereta dengan penguasaan pasaran 5.35 peratus, dan pelancaran Tiggo 5X Pro pada Februari turut mendapat sambutan baik.


Syarikat kini memiliki lebih daripada 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia termasuklah 2 juta di luar China.  Dengan enam pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D), 10 kilang pengeluaran luar negara dan lebih 1,500 cawangan jualan dan servis luar negara, Chery kini memiliki kapasiti pengeluaran setinggi 200,000 unit setahun.

 


Gallery

Tag:

Chery
CheryTiggo8Pro
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026