Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada Sidang Kemuncak 2025 Chery International User Summit yang diadakan di Wuhu, China, pengeluar dan pengeksport automotif terkemuka China, Chery, telah mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, di Malaysia.

Rancangan tersebut telah diperincikan dalam sidang kemuncak itu oleh Chery Corporate Malaysia. Berdasarkan maklumat yang dikongsi, syarikat berkenaan dijangka akan memulakan pelancaran jenama Lepas di Malaysia pada separuh pertama tahun hadapan.

Buat masa ini,  jenama ini berkemungkinan besar akan memperkenalkan model L8, iaitu penawaran produksi pertama jenama tersebut.

image.pngimage.png

Untuk makluman, Lepas L8 merupakan SUV segmen-D dua baris tempat duduk (lima tempat duduk) yang digambarkan sebagai model ‘premium’ dan ditawarkan dalam tiga jenis trenkuasa: enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in (PHEV), serta elektrik sepenuhnya (EV).

image.pngimage.png

Bagi pasaran Malaysia, varian PHEV dijangka akan menjadi model pertama yang dilancarkan.

Varian ini dilengkapi dengan enjin petrol turbo 1.5 liter empat silinder yang dipadankan dengan motor elektrik. 

Ia disumbat dengan bateri berkapasiti LFP 18.3 kWh, dan transmisi DHT tanpa gear, dimana ia mampu kuasa setakat menghasilkan 279 PS dan 365 Nm.

Bagaimanapun, harganya masih menjadi tanda tanya namun berdasarkan anggaran, harga Lepas L8 PHEV mungkin sama dengan Chery Tiggo 8 PHEV CSH dan Jaecoo J8 .

image.pngimage.png

Kami juga menjangkakan bahawa L8 PHEV akan mempunyai perbezaan yang lebih ketara berbanding dua model itu, hasil daripada susun atur tempat duduk dua barisnya.

Selain itu, satu lagi model SUV crossover dua baris yang mungkin dilancarkan serentak alah Lepas L6. Model SUV segmen-C ini diletakkan di bawah L8 dari segi saiz.

Kami sempat meninjau model L6 di Wuhu, China  pada minggu lalu, namun butiran spesifikasinya masih belum didedahkan kepada wakil kami di sana.

image.png

Apa yang menarik, unit pandu kiri (LHD) yang diperlihatkan menampilkan lencana ‘CSH’ (Chery Super Hybrid) pada penutup butnya, sekali gus menandakan bahawa ia merupakan model elektrik-hibrid, selain kemungkinan menggunakan sistem PHEV yang sama seperti L8.

Seperti biasa, Lepas L6 dijangka akan ditawarkan harap mirip dengan Chery Tiggo 7 PHEV CSH dan Jaecoo J7 PHEV.

image.png

Apa pula pendapat anda? Adakah anda aberminat untuk memiliki salah satu model baharu yang bakal tiba ini? Kongsikan pendapat anda!

Gallery

Tag:

Chery
LEPAS L8
Chery Lepas L8
Jaecoo J8 SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Global

15-12-2025
Pandu Uji

09-12-2025
Berita Auto

08-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?
Kereta Baru
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026