Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hanya 99 Unit! Kabin Berkonsep Spider-Man – BMW 8 X JEFF KOONS

Sofea Najmi

26-3-2022

Kongsi melalui


BMW memperkenalkan kenderaan paling rumit untuk dihasilkan dalam sejarah syarikat, sebuah kereta edisi eksklusif yang hanya dihasilkan sebanyak 99 unit, THE 8 X JEFF KOONS!


Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW AG, Oliver Zipse berkata, "BMW terus berusaha untuk mencari cabaran baharu! Peluang bekerjasama dengan Jeff Koons sekali lagi telah memberi inspirasi kepada kami di seluruh ibu pejabat dan kilang kami di Jerman. Belum pernah lagi dalam sejarah syarikat kami BMW dicipta dengan usaha reka bentuk yang begitu terperinci seperti yang dilakukan ke atas THE 8 X JEFF KOONS."

 


Mengambil masa selama beberapa tahun untuk dibangunkan dengan kerjasama rapat antara Jeff Koons dan BMW, model M850i xDrive Gran Coupé  keluaran terhad ini bakal dipertontonkan buat pertama kalinya di Frieze Los Angeles.


Pengkarya, Jeff Koons menyatakan, "Edisi BMW 8 Series ini ialah kereta impian saya! Ianya sangat istimewa untuk saya, dan saya telah lama ingin menghasilkan sebuah BMW edisi khas.  Kereta ini sporty, menyerlah, minimal dan konseptual.  Garisan pada kereta semakin membesar dari hud menuju ke bahagian but, mewujudkan rasa pergerakan ke hadapan."


Untuk catnya sahaja, pekerja profesional di kilang BMW Group, Dingolfing dan Landshut telah menghasilkan lebih 200 jam kerja manual.

 

Reka bentuk yang ekspresif dan menyerlah kereta ini adalah gabungan sebanyak 11 warna berbeza dari biru kepada warna perak dan dari warna kuning kepada warna hitam. 


Kemudian, warna-warna garisan yang kelihatan menonjol pada bahagian belakang kereta adalah tanda penghormatan kepada BMW Art Car 2010 yang pernah dihasilkan Jeff Koons sebelum ini. Sementara itu, 'POP!' dan juga imejan 'vapor thrust' pada setiap sisi melambangkan kuasa dan kelajuan kereta.


Hanya empat buah kereta dicat pada setiap minggu, proses meletakkan sampel warna selalunya dilakukan dengan menggunakan kanta pembesar.


Bahagian kabin kereta tampil dalam pelbagai warna membabitkan penggunaan bahan mewah seperti balutan kulit. Ciri mewah ini turut dapat dilihat pada penutup tempat letak cawan kereta yang hadir dengan logo edisi dan juga tandatangan pengkarya sendiri.


Tempat duduknya terdiri daripada warna merah dan biru yang menyerlah. Warna ini mencerminkan watak adiwira, Spider-Man, dan juga kereta berprestasi tinggi, BMW M. 


Menurut Zipse, "Berpuluh-puluh jurutera dan pereka telah memberikan yang terbaik untuk meraikan kerjasama kami dan menjadikan visi beliau satu kenyataan. Pengkarya (Jeff Koons) sendiri telah menghabiskan masa berhari-hari di kilang Dingolfing selama beberapa bulan untuk membincangkan pilihan-pilihan reka bentuk  yang ada dengan pekerja BMW yang terlibat.


Saya fikir dengan mendalam tentang projek ini. Apakah intipati 8 Series Gran Coupé? Apakah intipati kuasanya? Bagaimana cara untuk menghasilkan sesuatu yang dapat mewakili kesemua tenaga BMW 8 Series yang juga dapat menyentuh elemen manusia?"


Selain itu, setiap kenderaan didatangkan dengan sijil berformat besar yang ditandatangani oleh Jeff Koons dan Oliver Zipse, yang turut mengandungi nombor pengenalan kenderaan untuk setiap unit.


Sebaik tayangan perdana model ini diadakan, THE 8 X JEFF KOONS bakal dibentangkan di pelbagai pameran dan acara seni di serata Eropah, Asia dan Timur Tengah.


Antara acara yang bakal menjadi pentas pameran karya hebat ini ialah Istanbul Contemporary ke-16, Paris Photo, Goodwood Festival of Speed, Art Dubai, West Bund Art & Design Fair Shanghai dan Art Basel Hong Kong.


Gallery

Tag:

M850i xDrive Gran Coupé
BMW M850i xDrive Gran Coupé
THE 8 X JEFF KOONS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025, Ada 2 Varian

Volkswagen Malaysia turut melancarkan VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025 ke pasaran tempatan.

07-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512

VPCM memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan.

07-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama di MAS 2025.

07-05-2025
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.

15-04-2025