Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pelancaran BMW 8 Series dan M8 di Amelia Island Concours d'Elegance

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tahun ini, kenderaan tercantik, eksklusif dan terpantas daripada setiap era dikumpulkan dalam acara berprestij yang dihadiri oleh peminat-peminat kereta klasik seluruh dunia, Amelia Island Concours d'Elegance.


Ketika acara berlangsung, BMW melancarkan model-model terbaharu syarikat iaitu 8 Series dan M8.


Dalam acara yang sama, turut diraikan ialah sambutan ulang tahun ke-50 BMW M GmbH dengan pameran sebanyak 50 buah kereta sport yang pernah dihasilkan sepanjang 50 tahun sejarah syarikat itu.


Ketua BMW Group Rantau America dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif BMW Amerika Selatan, Sebastian Mackensen berkata, "Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan model ini (BMW 8 Series) dalam salah satu acara automotif paling berprestij di Amerika."


M8 Series kali ini diberikan sentuhan baharu dalam pelbagai aspek. Terletak di bahagian tengah pada sudut depan kenderaan ialah gril 'kidney' BMW 'Iconic Glow' yang bercahaya.


Selain itu, model 8 silinder ini turut hadir dengan cermin sisi yang dioptimumkan dari segi aerodinamik.


Pakej M Sport kini ditawarkan sebagai ciri standard untuk kesemua varian BMW 8 Series Coupe,  BMW 8 Series Convertible dan BMW 8 Series Gran Coupé.


Bergerak ke bahagian dalam, 8 Series dilengkapkan dengan tempat duduk pelbagai fungsi, stereng balutan kulit bergaya M dan banyak lagi bahagian-bahagian menarik lain yang diberikan sentuhan gaya 'M.'


Dari segi teknologi, kereta hadir dengan ciri BMW Live Cockpit Professional bersama paparan kawalan yang boleh dibesarkan saiznya kepada 12.3 inci. 


Mengenai enjin, BMW M8 Competition Coupé memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.4 – 11.0 l/100 km serta kadar emisi karbon sebanyak 260 – 251 g/km (WLTP).

 

BMW M8 Competition Cabriolet pula memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.6 – 11.2 l/100 km dengan kadar emisi karbon 264 – 255 g/km (WLTP).

 

Seterusnya,  BMW M8 Competition Gran Coupé memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.6 – 11.2 l/100 km dengan kadar emisi karbon 264 - 256 g/km (WLTP).


Model-model dalam barisan kereta BMW M GmbH ini menggunakan enjin V8 460 kW (625 hp) yang dilengkapi teknoloogi M TwinPower Turbo.

 

Selain enjin yang berkuasa tinggi, bahagian luaran kereta kini diberikan kemasan berwarna baharu, rim aloi ringan M, lampu M Shadow Line, lampu depan cahaya laser BMW dan juga sistem ekzos M Sports kawalan kepak.

 

Bergerak ke bahagian dalam, terdapat paparan kawalan bersaiz 12.3 inci berskrin sentuh, paparan-di-kepala BMW dengan elemen khas M serta upholsteri kulit Merino/Alcantara penuh.

 

Selain pelancaran model baharu, seperti yang dikatakan sebelum ini, BMW Motorsport GmbH turut meraikan ulang tahunnya yang ke-50 sejak ditubuhkan pada tahun 1972. 


Oleh itu, pameran khas turut diadakan yang mengumpulkan kesemua 50 buah kereta sport yang telah dihasilkan selama 50 tahun ini. Ini termasuklah model BMW M8, sebuah prototaip kereta sport berprestasi tinggi dengan enjin V12. Model ini telah dibangunkan oleh BMW M GmbH pada awal tahun 1990-an berdasarkan BMW 8 Series Coupé.

 

Kereta lain yang dipamerkan ialah  BMW M1 1980 yang dibangunkan sebagai model bebas pertama syarikat. Seterusnya ialah BMW V12 LMR yang telah memenangi 24 Hours of Le Mans pada tahun 1999.

 

Model lain yang dipamerkan ialah kereta elektrik BMW iX M60 yang bakal dilancarkan di AS  tidak lama lagi. Model ini memiliki penggunaan kuasa gabungan antara 24.5 - 21.9 kWh/100 km dengan kadar emisi 0 g/km (WLTP).

 

Pameran kereta sepanjang lima dekad ini turut membawakan koleksi kereta klasik yang dimiliki oleh ahli BMW Car Club of America dan juga BMW North Amerika. 


Ketua Pegawai Eksekutif BMW M GmbH, Franciscus van Meel berkata, "Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar dunia untuk BMW M dan kami sentiasa kagum dan gembira dengan semangat dan dedikasi yang telah dilaburkan oleh peminat kepada kereta mereka sama ada baharu mahupun lama."


Gallery

Tag:

BMW 8 Series
8 Series
M8
BMW M8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025