Link Copiedcheck_circle
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui


CUV saiz sederhana versi elektrik sepenuhnya yang juga merupakan model terbaik keluaran Hyundai Motor ini kini bakal ditawarkan dalam versi baharu yang telah dinaik taraf untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.


Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi iaitu dengan pemasangan cermin digital berasaskan video, 'conditioning battery' baharu, Smart Frequency Dampers dan juga bateri 77.4 kWh baru.


Naib Presiden Pemasaran dan Produk Hyundai Motor Eropah, Andreas-Christoph Hofmann berkata, "Ioniq 5 telah terbukti sebagai model yang sangat berjaya dalam 12 bulan sejak ia dilancarkan, baik dari segi jualan mahupun pembinaan jenama.  Perkembangan dalam segmen ini cukup kompetitif, dan kami akan menawarkan ciri-ciri baharu yang diperbaik untuk mempertahankan kedudukan kami sebagai peneraju teknologi dalam industri automotif."


Terbukti bergerak jauh ke hadapan berbanding pesaing-pesaing lain, Ioniq 5 dilengkapi dengan cermin luar dan dalam digital yang memiliki fungsi video, yang pertama seumpamanya.

 

Kamera luaran Digital Centre Mirror (DCM) yang dipasangkan di bawah spoiler belakang Ioniq 5 dapat mengoptimumkan penglihatan dengan memberikan pandangan panorama yang luas bahagian belakang tanpa halangan.

 

Ioniq 5 turut dilengkapi Digital Side Mirrors (DSM) dalaman, yang dapat mengurangkan rintangan angin dan menawarkan pandangan belakang yang jelas walau dalam cuaca buruk.


Sebenarnya kedua-dua ciri ini telah pun ditawarkan dalam pasaran Korea, namun kini buat pertama kalinya, ia disediakan untuk negara-negara Eropah. 

 

Seterusnya, Ioniq 5 2023 kini dilengkapi ciri 'battery conditioning' baharu yang mana bateri kereta akan menyesuaikan suhu secara automatik semasa perjalanan.

 

Ciri ini diwujudkan untuk memastikan tahap pengecasan yang optimum semasa tiba di mana-mana poin pengecasan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan prestasi pengecasan nyata kereta dalam persekitaran yang sejuk.


Fungsi tersebut diaktifkan secara automatik apabila poin pengecasan dimasukkan dalam sistem navigasi kenderaan menggunakan penghalaan yang disambungkan (connected routing).

 

Ciri terbaharu lain ialah Smart Frequency Dampers (SFD). Fungsi ini diwujudkan untuk meningkatkan respon suspensi gandar depan dan belakang kereta bagi menambahkan keselesaan perjalanan.

 

Akhir sekali, dari segi rekaan, Ioniq 5 kali ini menawarkan pilihan gabungan kemasan yang baharu.  Ini termasuklah bampar hitam yang tidak bercat, kemasan hitam dan juga lampu LED.


Ioniq 5 2023 boleh ditempah oleh pelanggan di negara-negara Eropah bermula separuh kedua tahun ini.

Gallery

Tag:

Hyundai Ioniq 5
IONIQ 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...

08-08-2022
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

10-06-2022
Kereta Baru

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV