Link Copiedcheck_circle
EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

Melihat luarannya, Ioniq 5 XRT menerima beberapa penambahbaikan bagi menjadikannya ia lebih sesuai untuk penggembaraan off-road.

image.pngimage.png

Ia yang berbentuk kotak hadir dengan bampar jenis plastik, terdapat lapisan di bahagian bawah serta dipasang dengan cangkuk tunda berwarna merah di bahagian hadapan.

Jentera ini juga dikatakan hadir dalam  dua warna ekslusif yang dikenali sebagai Ultimate Red dan Cosmic Blue Pearl.

Apa yang penting sekali ialah Ioniq 5 XRT ini, menawarkan jarak lega bumi setinggi 23mm serta hadir dengan rim bersaiz 18 inci.

Ciri lasaknya itu turut diteruskan ke bahagian kabin dimana tempat duduk di hadapannya hadir dengan lencana XRT  selain upholsteri H-Tex.

image.png

Selain itu, bagi menyesuaikannya ia dengan warna gelap di luar, kabin itu turut menampilkan kemasan dalaman berwarna hitam.

Dari segi rangkaian kuasa, Ioniq 5 XRT berkongsi spesifikasi yang sama dengan varian AWD dwi-motor bagi Ioniq 5 facelift, yang mana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 325 PS dan 605 Nm. 

image.pngimage.png

Ia disumbat dengan bateri berkapasiti 84-kWj dimana ia mampu menawarkan jarak gerak sejauh 450 kilometer dengan hanya sekali cas.

Hyundai Ioniq 5 juga merupakan model Hyundai pertama yang datang standard dengan port NACS (North American Charging Standard).

image.png

Ini bermakna  membolehkan pemilik Ioniq 5 menggunakan jaringan Supercharger Tesla tanpa memerlukan penyesuaian.

Apapun, jentera ini hanya akan dijual di pasaran Amerika Syarikat.


Gallery

Tag:

Hyundai Ioniq Electric
Hyundai Ioniq 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV
Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK

Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK

Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.

30-10-2022
Kereta Baru
Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022
Berita Auto
Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric &  Ioniq Electric 2021 Tapi...

Hyundai Bagi Pengecas Ultra Pantas PERCUMA Untuk Kona Electric & Ioniq Electric 2021 Tapi...

Hyundai Motor America menawarkan sesuatu yang istimewa dan menguntungkan pengguna.

18-05-2021
EV
Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV
Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV
[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026