Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) baru-baru ini telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.



Tiga varian kenderaan elektrik (EV) baharu iaitu  Kona Electric Lite (e-Lite), Kona Electric Plus (e-Plus), and Kona Electric Max (e-Max) telah pun diserahkan kepada pemilik masing-masing semasa majlis penyerahan yang diadakan di Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) pameran Ara Damansara.

 

Menurut HSDM, kesemua 100+ unit kereta yang diterima daripada penghantaran pertama telah habis terjual selepas pelancaran EV ini pada bulan November tahun lalu.  Kona Electric ditawarkan dalam tiga model iaitu 39.2 kWh Lite (RM149,888), berspesifikasi lebih tinggi 39.2 kWh Plus (RM169,888) dan varian tertinggi 64 kWh Max (RM199,888).

 

Bagi model 39.2 kWh, dengan cas yang penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 305 km, manakala model 64 kWh sehingga 484 km. Bateri kecil (38.2 kWh) kereta ini digabungkan dengan motor 134 hp/395 Nm, membolehkan kereta memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 9.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 155 km/j. Bateri 64 kWh pula dikuasakan oleh motor 201 hp/395 Nm, membolehkan varian tertinggi ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 167 km/j.

 

"Segmen EV yang semakin berkembang terus memiliki potensi besar di Malaysia, pada masa yang sama, kami sedang berusaha ke arah penyahkarbonan dalam industri automotif. Kami tetap memberi tumpuan untuk menyokong penggunaan EV, seterusnya menyumbang kepada Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan.

 

Oleh itu, kami gembira melihat respon yang sangat positif daripada pelanggan terhadap Hyundai Kona Electrik, jelas menunjukkan minat yang semakin tinggi terhadap kenderaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.

 

"Kona Electric dan Ioniq 5 telah merekodkan maklum balas yang luar biasa.  Ini sememangnya mencerminkan peningkatan penerimaan pasaran oleh pelanggan dan pengiktirafan manfaat besar yang dimiliki EV.

 

"Kami dengan sukacitanya menyerahkan kelompok pertama Kona Electric kepada pelanggan, dan memandangkan kadar tempahan adalah tinggi dan datang dengan cepat, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan sekarang!" ujar Pengarah Urusan HSDM, Lo Yuan Lung.

 

Kumpulan pertama yang menerima Kona Electric turut mendapat kad ChargEV untuk kegunaan selama setahun secara percuma. Kad ini membolehkan mereka mengecas kenderaan di mana-mana daripada 300 stesen pengecasan di seluruh negara. 

 

Menurut HSDM, ia mempunyai sekumpulan juruteknik EV yang telah menerima latihan servis dan penyelenggaraan bertaraf dunia daripada Hyundai. 

 

TOC Automotive College memberikan latihan kepada juruteknik EV bagi meningkatkan kebolehan.

 

Hyundai Kona Electric kini berada di bilik pameran dan boleh dipandu uji di cawangan Ara Damansara, Jalan Klang Lama dan Penang City Store.

Tag:

ev
Hyundai Kona Electric
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026