Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebahagian pengunjung menyerbu Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di MAEPS.

Pada hari pertama  Malaysia Autoshow 2023 dibuka kepada umum, kira-kira 10,000 pengunjung menyerbu pameran itu yang ketika ini sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Setelah tertangguh tiga tahun akibat pandemik COVID-19, pameran automotif terbesar di Malaysia itu kembali semula untuk edisi 2023.


Seorang pengunjung mencuba pengecas EV, ChargeSini.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporat  Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Nurul Aina Mazlan berkata, pihaknya menyasarkan 200,000 pengunjung sepanjang empat hari pameran itu berlangsung.


Kakitangan terlibat memberi penerangan berhubung skuter elektrik.

Untuk makluman, pameran itu diadakan bermula hari ini dan akan berakhir pada 7 Mei nanti.

“Melihat kepada sambutan yang cukup memberangsangkan, kami menasihatkan para pengunjung supaya membuat tempahan tiket secara dalam talian bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter tiket.


NURUL AINA.

“Kami menjangkakan, bilangan pengunjung akan bertambah terutama pada hujung minggu nanti,”katanya ketika dihubungi CariCarz.com sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai tidak melepaskan peluang daripada mengunjungi pameran itu memandangkan ada beberapa syarikat kereta menawarkan pembelian kereta pada harga yang cukup berbaloi.


Ada juga pengunjung yang tidak melepaskan peluang menaiki motosikal berkuasa tinggi.

“Seperti mana yang diumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kebanyakan institusi kewangan yang menyertai Malaysia Autoshow 2023 ini menawarkan faedah pinjaman serendah 1.98%" 

"Jangan lepaskan peluang untuk test drive, 4.1km kereta kegemaran anda di MAS2023," katanya. 


Kebanyakan yang datang berminat untuk menempah kereta baharu.

Untuk makluman anda, ada beberapa syarikat yang menawarkan harga yang cukup rendah berbanding dengan harga asal.

Namun dengan syarat, tempahan perlu dibuat sepanjang tempoh Malaysia Autoshow 2023 berlangsung.


Beberapa pengunjung membelek sebuah kereta kompak.

Harga tiket bermula dari RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM25 untuk bukan warganegara.


Kebanyakan pengunjung teruja melihat kereta mewah walapun datang sekadar cuci mata.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi:  https://www.ticket2u.com.my/event/30200/malaysia-autoshow-2023%2c-maeps-serdang.

Tag:

malaysiaautoshow2023
ev
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
EV
Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow

Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow

Peugeot e-2008 turut membuat penampilan sulungnya sempena Malaysia Autoshow 2023.

04-05-2023
Kereta Baru
PRATONTON: H6, Jolion Didedah, Bakal Tapau SUV Tempatan
Berita Auto
Berita Baik, Ada Pakej R3 Untuk PROTON X50

Berita Baik, Ada Pakej R3 Untuk PROTON X50

Pengeluar kereta nasional, PROTON mengumumkan pakej aksesori R3 untuk Proton X50 sempena Malaysia Autoshow 2023.

04-05-2023
EV
Neta V: EV Paling Murah Di Bawah RM100K, Mana Nak Dapat?

Neta V: EV Paling Murah Di Bawah RM100K, Mana Nak Dapat?

Intro Synergy Sdn Bhd kenalkan EV paling murah setakat ini.

03-05-2023
EV
MINI Electric Resolute, Barang Baik, Patutlah Ada 90 Biji Je

MINI Electric Resolute, Barang Baik, Patutlah Ada 90 Biji Je

Mini Electric Resolute Edition hanya dikeluarkan 90 unit.

03-05-2023
Tips
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir