Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Android vs iOS: Kajian Dedahkan Pengguna Android Pemandu Lebih BAGUS?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Platform perbandingan insurans kereta, Jerry, telah menjalankan analisis berkaitan tabiat memandu 20,000 penduduk AS dengan tujuan untuk mengetahui golongan manakah yang memandu dengan lebih selamat berdasarkan peranti mudah alih yang digunakan.


"Jerry menganalisis data yang dikumpulkan daripada 20,000 orang pemandu yang menggunakan jalan berkepanjangan 13 juta kilometer dalam jangka masa 14 hari," jelas laporan tersebut. 


Analisis yang dilakukan terbahagi kepada enam kategori iaitu keselamatan pemanduan, memandu laju, gangguan, pusingan, brek dan pecutan.


Hasil yang terkumpul kemudiannya dipecahkan kepada jenis sistem operasi telefon pintar yang digunakan dan juga pelbagai ciri demografi yang lain.

 

Dapatan Kajian Yang Mengejutkan


Pengguna Android mengatasi Apple dalam setiap kategori dengan hasil analisis yang mendedahkan bahawa pengguna Google memandu dengan lebih selamat berbanding iPhone.



 

Lebih menarik lagi, Android berjaya mengatasi Apple tanpa mengira usia, jantina, status perkahwinan dan pendidikan.

 

Kajian yang dijalankan Jerry ini turut mendedahkan bahawa pengguna Android bersikap lebih terbuka dan jujur berbanding iPhone.  Selain itu, kajian mendapati, pengguna Android tidak begitu tertarik kepada kemewahan sepertimana iPhone. 


Pengguna Android menunjukkan sifat kurang tertarik untuk melanggar peraturan, ini menunjukkan mereka memiliki tahap kesedaran dan kejujuran yang lebih tinggi. Pengguna iPhone sebaliknya kurang konsisten dan sukar untuk dijangka. Mereka mempamerkan tahap emosi yang lebih tinggi.




Walau bagaimanapun, terdapat sebab di sebalik data yang mengejutkan ini. Kajian mendapati rata-rata pengguna iPhone adalah lebih muda berbanding Android. Faktor usia memainkan peranan yang besar kerana pemandu muda lebih berani untuk mengambil risiko dan sukakan cabaran.



via GIPHY

Sementara itu, pemandu lebih berusia pula tidak suka mengambil risiko menjadikan mereka pemandu yang lebih berhemah.

 

 

Tag:

Safety
kajian
iOS
iPhone
research
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[KAJIAN] Lebih 80% Sanggup Langgan Perkhidmatan Untuk Ciri Tambahan Kereta

Berapa ramai yang sanggup bayar perkhidmatan langganan untuk ciri tambahan dalam kereta?

24-07-2023
Berita Auto

Kajian Polisi Lupus Kenderaan Sedang Dijalankan Penyelidik UKM

Kajian mengenai polisi lupus kenderaan (ELV) sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik.

24-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026