Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dalam sebuah acara di New York, Kia Amerika dedahkan model EV Niro yang bakal dilancarkan tahun 2023 ini. Model ini hadir dalam reka bentuk baharu dan spesifikasi prestasi yang lebih baik.



Berbeza dengan model-model sebelum ini, Niro bakal tersedia dalam versi hibrid, PHEV dan BEV. Untuk artikel kali, mari kita lihat dengan lebih terperinci mengenai EV Niro.



Menurut Kia, model generasi kedua ini bakal dikeluarkan sebagai sebuah kenderaan utiliti kompak (CUV) dengan dimensi yang lebih besar berbanding yang pertama.  Ini perbezaan antara model 2023 dan 2022.

 


 


2022 
2023
Kepanjangan 
172.2"
 174"
Jarak Antara Roda    
106.3"
107.1"
Saiz Kelegaan Tanah6.1"
6.3"


 Untuk bahagian dalam, terdapat beberapa ciri terbaharu seperti:

 

  • Papan pemuka yang lebih moden
  • Kluster instrumen dan sistem infotainmen jenis dwi-skrin bersaiz 10.25 inci dengan teknologi sambungan yang canggih
  • Pencahayaan ambien dengan pelbagai kombinasi warna



Kepanjangan dan jarak antara roda yang lebih tinggi untuk EV ini memberikan lebih ruang kepada semua pengguna kenderaan (pemandu dan penumpang). Keselesaan kereta ditambah lagi dengan ciri seperti Active Sound Design yang akan mengimbangkan bunyi enjin (sekiranya dikenhendaki) dan juga ciri canggih iaitu sistem audio premium Harman Kardon.

 

Dari segi teknologi, EV Niro 2023 dilengkapi dengan:

 

  • Sambungan CarPlay & Android
  • Paparan-di-kepala (HUD) untuk menunjukkan arah
  • Pelbagai sistem amaran keselamatan

Selain dilengkapi pelbagai ciri ADAS, EV Kia Niro 2023 turut hadir dengan kemampuan vehicle-to-load (V2L) sama seperti yang terdapat pada EV6. Penjana V2L ialah satu ciri yang menakjubkan – dengan kapasiti bateri lebih daripada 10%, anda boleh mengecas peti ais mini, pejabat mudah alih dan sebagainya termasuklah mengecas EV yang lain.

 

Berbanding dengan versi 2022, Niro 2023 menggunakan teknologi EV yang hampir sama secara keseluruhannya - bateri 64.8 kWh dan motor 150 kW yang boleh menyalurkan 201 hp.  Walau bagaimanapun, jarak perjalanan yang mampu dicapai bagi versi akan datang ini adalah lebih jauh daripada sebelumnya. Jangkaan jarak yang boleh ditempuhi bagi versi 2023 ialah sejauh 253 batu (407 km) yang merupakan 14 batu (23 km) lebih baik berbanding versi 2022. Namun, angka ini masih belum disahkan oleh EPA.

Gallery

Tag:

Kia
kia niro ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026