Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Boleh Kita Buat Kalau Kemalangan Disebabkan Jalan Rosak? Ini Jawapan Peguam

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dalam sebuah rancangan yang disiarkan platform Sinar Harian, Kompas Rasuah Busters, satu perbincangan diadakan berkenaan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku kemalangan disebabkan kerosakan jalan atau yang membabitkan pihak berwajib.


Bolehkah kita menuntut ganti rugi untuk kemalangan disebabkan kerosakan jalan?




Peguam yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam perbincangan tersebut, Muhammad Amin Abdullah berkata, mangsa boleh menuntut ganti rugi untuk kesemua kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan.


Berapakah jumlah tuntutan yang boleh dibuat?


“Katakan kemalangan disebabkan tiada turapan (jalan raya) dibuat, jadi mahkamah akan buat 'rulling' berkenaan keadaan itu, (jumlah) 100, 50 atau 30 peratus boleh dituntut bergantung kepada fakta yang dibentangkan di mahkamah ketika perbicaraan.


“Seterusnya bila masukkan kenyataan tuntutan berdasarkan fakta, mangsa akan dapat ganti rugi am dan khas. (Ganti rugi) khas yang boleh dikira, (ganti rugi) am yang ditentukan oleh mahkamah untuk penilaian.


“Contoh jari patah boleh tuntut (ganti rugi), lagi besar kecederaan, lagi banyak mahkamah pertimbangkan bergantung kepada liabiliti dan ganti rugi khas adalah kos-kos untuk dapatkan laporan perubatan atau kos perjalanan,” katanya.


Bolehkah Waris Membuat Tuntutan Untuk Kemalangan Jiwa?


Tambah Muhammad Amin, sekiranya berlaku kemalangan jiwa sehinga memberi kesan kepada waris hingga hilang punca pendapatan dan juga tempat bergantung, mereka turut layak mendapat ganti rugi. Dalam hal ini, waris perlu melantik peguam untuk membuat pengiraan jumlah ganti rugi yang setimpal.




“Mahkamah akan lihat fakta kecuaian tersebut dan memutuskan jumlah yang perlu dibayar oleh pihak bertanggungjawab contohnya syarikat konsesi, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada keluarga mangsa,” jelasnya.


Boleh tonton video penuh perbincangan ini di bawah:




Sumber: Sinar Harian 

Tag:

kemalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto
Motosikal Gesel, Remaja Maut

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025
Berita Auto
Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto
Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto
Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto
LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto
Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto
Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Berita Auto
Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.

23-02-2026