Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

XPENG Malaysia telah memperkenalkan program pemilikan MEGA X9 REWARDS, sebuah inisiatif masa terhad yang bertujuan untuk meningkatkan keseluruhan nilai pemilikan XPENG X9, iaitu MPV elektrik pintar mercu tanda (flagship) bagi jenama berkenaan.

Berlangsung sepanjang Jun 2026, program ini menawarkan faedah pemilikan terpilih bernilai sehingga RM45,000 untuk pelanggan Layak yang membeli XPENG X9 Model Tahun 2025. 

Program MEGA X9 REWARDS

Pelanggan yang layak akan menerima faedah pemilikan bernilai sehingga RM45,000, termasuk:

  • Rebat tunai RM20,000

  • Sokongan perlindungan insurans sehingga RM10,000

  • Kotak pengecas dinding rumah (home charging wallbox) percuma bernilai RM5,000

  • Keistimewaan armada korporat (corporate fleet) bernilai RM10,000 untuk syarikat yang layak dan profesional yang berkelayakan, tertakluk kepada pengesahan

Program ini tersedia sehingga 30 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan serta syarat dan terma.

Bagi yang tidak tahu, XPENG X9 diposisikan sebagai MPV mercu tanda jenama ini, yang dibangunkan untuk menggabungkan teknologi mobiliti pintar, prestasi elektrik jarak jauh, dan ruang dalaman yang fleksibel untuk kegunaan keluarga mahupun eksekutif.

XPENG X9 menampilkan reka bentuk luaran yang futuristik dengan lampu nyalaan siang Galaxy Light Wing penuh, serta struktur badan diperkemas yang dioptimumkan untuk kecekapan aerodinamik.

image.png

Elemen reka bentuk utama termasuk sudut tiang-A 21° dan kecondongan cermin depan belakang 23°, yang menyumbang kepada pekali seretan ultra-rendah sebanyak 0.236 Cd. Pengoptimuman aerodinamik ini menyokong kecekapan tenaga yang lebih baik dan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Menjengah bahagian kabinnya, ia  menampilkan pengaturan tempat duduk yang fleksibel dengan akses satu sentuhan ke baris ketiga serta fungsi gelongsor baris kedua yang dipanjangkan. Tempat duduk baris ketiga menyokong lipatan elektrik, membolehkan kapasiti kargo diperluaskan sehingga 2,554 liter apabila diperlukan.

image.pngimage.png

X9 dilengkapi dengan Skrin Infotainmen Penumpang 21.4 inci dan Skrin Kawalan Sentral 17.3 inci, yang dikuasakan oleh cip Qualcomm 295P selain terdpaat juga sistem operasi XOS XPENG.


Prestasi Elektrik dan Keselamatan Bateri

Dibina di atas platform voltan tinggi Silicon Carbide (SiC) 800V, XPENG X9 menyokong keupayaan pengecasan ultra-pantas. Anda boleh mengecas dengan pantas, dari 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada 20 minit, menjadikan hentian pengecasan singkat dan cekap.


Gallery

Tag:

Xpeng X9
Xpeng X9 EV MPV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.

21-11-2025
EV
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.

24-10-2025
Global
Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV).

10-08-2025
Kereta Baru
MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888

MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888

Bermaz Xpeng Sdn Bhd secara rasmi melancarkan XPeng X9. MPV elektrik pintar tujuh tempat duduk kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula daripada RM269,888.

05-03-2025
Global
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.

21-11-2025
EV
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.

24-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir