Link Copiedcheck_circle
EV

Kenapa Samsung Tidak Mahu Hasilkan Kereta Elektrik? Ini Sebabnya…

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Ibu pejabat Samsung di Korea Selatan


Syarikat pengeluar telefon pintar Korea Selatan, Samsung, sebenarnya sudah pun memiliki segalanya untuk membangunkan EV sendiri. Namun sehingga kini, Samsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melangkah masuk ke dalam dunia automotif. 


Banyak pengeluar EV bekerjasama dengan Samsung




Samsung bekerjasama dengan banyak syarikat yang mengeluarkan model-model EV seperti BMW, Audi, Tesla dan Hyundai. Secara logiknya pada tahap ini, mudah untuk Samsung merancang kolaborasi dengan mana-mana syarikat EV dan membangunkan EV sendiri.


Persoalannya, kenapa Samsung tiada perancangan untuk menghasilkan EV?



Teknologi LED oleh Samsung untuk lampu depan EV


Berdasarkan satu laporan yang didedahkan baru-baru ini, Samsung melihat projek untuk membangunkan EV sendiri akan menggugat kerjasama sedia ada dengan syarikat-syarikat lain yang sedang menerima bekalan komponen EV daripada Samsung. Keputusan ini dianggap sebagai yang terbaik buat masa ini iaitu terus memberikan tumpuan kepada pembekalan komponen EV.


Syarikat pengeluar telefon pintar lain yang telah meneroka dunia automotif


Apple Car


Jenama seperti Xiaomi telah pun melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan kereta sendiri. Apple pula sudah mula menghasilkan Apple Car yang dikhabarkan bakal dipertontonkan hasilnya dalam tahun 2025 nanti. Syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar lain seperti Huawei dan Oppo turut tidak ketinggalan untuk membangunkan EV. 


Kemungkinan masa depan


Dengan pendedahan EV oleh syarikat Apple yang dijangkakan akan berlaku pada tahun 2025, tidak mustahil sekiranya ini menjadi pembakar semangat syarikat-syarikat lain untuk meneroka dunia kereta elektrik. Samsung sudah pun memiliki kemampuan teknologi yang diperlukan dan juga kerjasama dengan syarikat EV yang boleh menyumbangkan kepakaran. 


Apa pendapat anda, terdapatkah kemungkinan atau tidak untuk Samsung menghasilkan EV sendiri? Dan adakah Samsung patut  cuba membangunkan EV atau kekal membekalkan komponen EV sahaja? 


Jangan lupa untuk like Facebook kami dan share artikel ini di media sosial!





Tag:

Samsung
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026