- Berita
- EV
- Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!

Seorang wanita dari New Zealand yang berusia lebih separuh abad, Rosemary Penwarden, 63 tahun telah menghasilkan kereta elektrik (EV) berkuasa solarnya sendiri!
Dengan belanja sebanyak 24,000 dolar (RM68,371.83), projek yang dilakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya ini mengambil masa hampir sembilan bulan untuk disiapkan.

Sebanyak 27 panel solar digunakan untuk mengecas rumah dan EV miliknya
Kereta yang digunakan ialah sebuah kereta Honda City terpakai berusia 29 tahun, buatan 1993 yang dibeli daripada tempat pengumpulan kereta untuk dimusnahkan.
Proses penukaran enjin
Projek ini dilakukan di bengkel Valley Workshop dengan bantuan rakan-rakan yang berkepakaran dalam bidang EV termasuklah James Hardisty, pemilik EV-lution, syarikat penukaran kereta biasa kepada EV.

James Hardisty, pemilik EV-lution
Penwarden telah mengeluarkan enjin lama daripada kereta tersebut sebelum memasang bateri di depan dan belakang kereta. Sejumlah 24 biji bateri dipasangkan di bahagian depan dan 56 lagi pada bahagian but kereta. Bateri ini boleh dicas dengan menggunakan panel solar.

Boleh bergerak sejauh 120 km dengan sekali cas!
Menurutnya, setup yang digunakan bersaiz sama dengan Nissan Leaf terawal yang pernah dihasilkan, yang juga merupakan salah satu daripada EV pertama pada tahun 2010.
Kenapa Penwarden melakukan projek ini?

Motif utama yang memberi semangat kepada Penwarden bukanlah kerana kenaikan harga minyak tetapi demi menyelamatkan alam sekitar.
"Saya rasa saya patut berterima kasih kepada syarikat-syarikat minyak seperti Anadarko, NZ dan gas seperti Shell, OMV, Beach Energy... kesemua syarikat inilah yang telah menentang kumpulan (aktivis) saya Oil Free Otago selama bertahun-tahun," ujar Penwarden.
"Ini memberi motivasi kepada saya untuk lebih bebas daripada minyak, dan menunjukkan bahawa mereka tidak diperlukan di sini."
Rakannya, Hardisty, berkata, "Ini baik untuk alam sekitar... anda tak perlu risau tentang apa yang terjadi kepada dunia, andai kata berlakunya peperangan... andai minyak kering, kita masih dapat terus bergerak."
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
