Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nasib Pesara Tentera Yang Tinggal Dalam Volvo Tua Sejak 20 Tahun Lalu Berubah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Foto: FMT


Baru-baru ini tersebar kisah seorang warga emas yang tinggal di dalam sebuah Volvo tua di belakang bangunan sebuah kedai serbaneka.


Bernama melaporkan, lelaki tersebut yang bernama Mohd Redzuan Abdullah, 60, yang turut dikenali sebagai Pak Wan pernah berkhidmat selama 17 tahun sebagai Angkatan Tentera (ATM). Pesara tentera yang berasal daripada Perak ini didapati telah tinggal di dalam kenderaan berkenaan sejak 20 tahun yang lalu.  

 

Mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 


Foto: Bernama


Datuk Seri Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat bekas anggota tentera tersebut di 'kediamannya.'


“Kita akan bantu meringankan beban Pak Wan untuk pindah ke kawasan dan penginapan yang lebih selesa. Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera juga hadir untuk membantu dalam proses pendaftaran, supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada Pak Wan,” katanya.


Lawatan tersebut turut disertai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, dan wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

 

Pak Wan meluahkan rasa bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan


Foto: Bernama



“Saya berterima kasih kepada perdana menteri dan semua yang membantu memberikan rumah serta prihatin dengan nasib saya,” katanya.


Pak Wan yang pernah berkhidmat di unit semboyan menyara kehidupannya dengan membaik pulih kenderaan di sekitar Sungai Besi, dan Volvo yang menjadi tempat tinggalnya adalah sumbangan pelanggannya sendiri.


Sumber: Bernama



 

Tag:

Volvo
viral
Ismail Sabri
Kerajaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024
EV

Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025

Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser untuk model elektrik baharunya, ES90. Ini yang kita ketahui setakat ini...

05-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto

Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL

JPJ merekodkan sebanyak 17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

08-08-2025
Berita Auto

Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

08-08-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025