Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

EX90-World-Luxury-Car-2024.jpg

Biarpun baru sahaja dilancarkan di Malaysia, Volvo EX90  telah mencapai pencapaian luar biasa apavila  dinobatkan sebagai World Luxury Car of the Year 2024, baru-baru ini.

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show, dimana ia diadili oleh pihak juri  World Car Awards yang terdiri terdiri daripada 96 wartawan automotif terkemuka dari 30 negara.

Rata-rata juri memuji gabungan mewah Skandinavia yang diperhalusi, prestasi elektrik sepenuhnya yang bertenaga, serta inovasi keselamatan bertaraf dunia yang dimiliki EX90.

Anugerah ini turut mengukuhkan lagi kedudukan EX90 sebagai kereta Volvo paling canggih dari segi teknologi dan paling selamat pernah dihasilkan. 

image.pngimage.png

Untuk makluman, Volvo Cars Malaysia (VCM) telah pun melancarkan secara rasminya Volvo EX90 yang merupakan model import sepenuhnya  untuk pasaran tempatan, pada 10 April lalu.

Untuk pasaran tempatan, EX90 hadir dalam varian Ultra Twin dengan spesifikasi kuasa dan trim tertinggi.

Ia dijual pada harga  bermula dari RM442,888. Malah, EX90 merupakan SUV flagship Volvo pertama yang dilengkapi dengan pengimbas Lidar.

Ini bermakna, model ini mampu mengimbas  keadaan persekitaran bagi memastikan keselamatan penumpang, tidak kira sama ada ia dipandu, atau sedang berhenti. 

image.png

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EX90, KLIK ARTIKEL INI.

Sehubungan itu, bagi para pelanggan yang berminat, anda boleh mengunjungi laman web Volvo Car Malaysia atau pengedar sah terpilih untuk pandu uji.


Gallery

Tag:

Volvo Car Malaysia
Volvo
Volvo EX90
EX90 EV SUV
New York International Auto Show
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Global

05-09-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Pandu Uji

24-06-2023

Berita Terkini

Gaya Hidup
Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup
Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup
Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan  150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026
Gaya Hidup
“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.

04-03-2026
Gaya Hidup
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Gaya Hidup
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025