Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ora Good Cat Akan Dilancarkan Jun Ini, Tunggu Pengumuman GoAuto

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ada desas-desus mengatakan bahawa Ora Good Cat bakal dijual di Malaysia sekitar Jun ini?

Untuk makluman, jentera yang saling tak tumpah mirip Porsche 911 ini sebenarnya telah diuji beberapa kali sejak tahun 2021 namun ia masih belum dijual.

Oleh itu, ada khabar angin yang mengatakan ia mungkin akan dijual pada Jun ini namun harganya masih belum didedahkan.


Jadi, hari ini Caricarz menyenaraikan beberapa info menarik mengenai kereta comel ini:

Hadir dengan 3 pilihan (Tech, Pro dan Ultra) 

Disokong dengan pengecas AC 6.6 kW menerusi sambungan Type 2.

Boleh dicas dengan pengecas pantas DC sehingga 60 kW 

Terdapat penyambung CCS2

Tempoh pengecasan 0-80% hanya 45 minit untuk varian Tech dan Pro

Lampu depan/belakang LED

Tempat duduk fabrik / kulit untuk varian tertinggi

Papran Infotainmen 7-inci (untuk pemandu)

Pendingin hawa dengan sistem penapisan PM2.5

Kemas kini Over-The Air


Ciri Keselamatan 

Kamera Parkir 360 darjah

Bantuan Kekal Lorong

Kawalan Pelayaran Aktif 

Amaran Lintasan Trafik Belakang

Amaran Titik Buta 

Amaran Pelanggaran Depan 

Brek Kecemasan Automatik

Sistem anti gelincir



Ciri-ciri Varian Tech dan Pro

Bateri lithium-logam fosfat berkapasiti 47.8-kWj)

Boleh gerak sejauh 400km 

Hanya satu motor elektrik

141 hp atau 105 kW, tork 210 Nm

Kelajuan maksima 152 km/j


Varian Ultra

Bateri kapasiti 63.1 kWj

Mampu gerak sejauh 500 km dengan satu cas penuh 

143 PS/210 Nm 

Tempoh pengecasan sejam 

Biarpun, harga masih kekal misteri namun Caricarz membuat andaian bahawa ia mungkin akan dijual pada harga yang sama seperti di Thailand.



Di Thailand, Ora Good Cat dijual pada harga:

828,500 baht (RM106,246) –Tech 

898,500 baht (RM115,208) – Pro

1.0385 juta baht (RM133,148) – Ultra 

Apapun, tunggu sahaja pengumuman rasmi GoAuto!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026