- Berita
- Global
- 21 Unit Huracan Dipanggil Semula Sebab Ada Masalah Pada Pintu
Kereta mewah pun boleh dipanggil balik!
Itulah yang berlaku ke atas model Huracan Evo dan STO.
Dikhabarkan Lamborghini telah memanggil balik sekurang-kurang 21 unit Huracan Evo dan STO gara-gara pintu model itu tidak boleh dibuka.

Susulan itu, pihak syarikat telah memanggil semula kesemua model yang yang dipasang antara 2 hingga 9 Mei 2022.
Hasil siasatan mendapati masalah berlaku pada pemegang pintu kiri.
Dikhabarkan klip keselamatan untuk kabel Bowden yang membuka kunci pintu mungkin tidak berada dalam kedudukan yang betul pada kenderaan ini. Jika kabel kemudian menjadi longgar dari semasa ke semasa, mungkin tidak dapat membuka pintu dari luar.

Pemasangan kabel yang berada di kedudukan yang tidak betul dikesan oleh seorang pekerja Lamborghini ketika melakukan pemeriksaan kualiti dibuat ke atas model itu baru-baru ini.
Syarikat itu berkata, jika kabel tersebut longgar dari semasa ke semasa, ia mungkin akan menyebabkan pintu sukar untuk dibuka dari luar.

Perkara ini nyata membahayakan nyawa pemilik Huracan jika mereka terlibat dalam kemalangan.
Sementara itu, dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyebut bahawa skegagalan komponen tersebut boleh menyebabkan pintu sukar dibuka dari luar terutama apabila berlaku sebarang kecemasan.
“Namun begitu, pintu masih lagi boleh dibuka dari dalam pada bila-bila masa,” ujarnya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

