- Berita
- Global
- Bugatti Veyron RM9.2 Juta Milik Cristiano Ronaldo Kemalangan

Bugatti Veyron bernilai RM9.2 juta milik Cristiano Ronaldo yang terbabit kemalangan
Media antarabangsa melaporkan, kereta Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta (RM9.2 juta) milik Cristiano Ronaldo terbabit dalam kemalangan.
Pemain Manchester United telah mengupah pekerja untuk menghantarkan dua buah kereta mewahnya ke sebuah villa di Majorca, Sepanyol di mana Ronaldo, pasangan dan anak-anaknya sedang menikmati percutian musim panas.
Kemalangan tersebut berlaku ketika penghantaran sedang dibuat oleh salah seorang pengawal peribadinya pada jam 11.00 pagi semalam (waktu Sepanyol).

Suasana di lokasi kemalangan

Kerosakan teruk pada dinding yang dilanggar
Pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi sudut depan kereta tersebut hancur teruk. Penyiasat mendedahkan tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menurut sumber, “Kemalangan berlaku di sebuah jalan kecil berdekatan Joan March Hospital.
“Kereta tersebut dilihat terkeluar daripada jalan dan melanggar dinding yang menjadi sebahagian daripada pelindung rumah dengan sebuah kanister gas di belakangnya.
“[Kereta] Dipandu oleh salah seorang pekerja Cristiano dan bukannya Cristiano. Dia tidak berada di lokasi kejadian sewaktu pihak polis tiba.”
Akhbar tempatan, Cronica Balear mendedahkan, selepas kemalangan berlaku, pengawal peribadi tersebut keluar daripada kereta dan meninggalkan pekerja lain untuk bersoal jawab dengan pihak polis.

Kereta dibawa pergi dari lokasi kemalangan dengan kain penutup biru
Kereta Bugatti Veyron milik Ronaldo yang mampu mencapai kelajuan tertinggi 407.2 km/j dan juga Mercedes-Benz G-Class yang dihadiahkan pasangannya, telah dibawa dari Manchester untuk digunakan semasa percutian di sini.
Baca: YouTuber 15 Tahun Miliki Puluhan Kereta Mewah Tetapi Sayangnya...

Keadaan Bugatti Veyron tersebut semasa masih baharu
Bugatti tersebut ialah salah satu daripada koleksi kereta bintang Portugal itu yang turut memiliki kereta mewah lain seperti Aston Martin, Ferrari Monza dan Bentley.
Sumber: Daily Mail, The Sun
Baca: Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Teringin untuk memiliki kereta Aston Martin? Klik link ini untuk melihat katalog Aston Martin di CariCarz.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

