Link Copiedcheck_circle
Global

21 Unit Huracan Dipanggil Semula Sebab Ada Masalah Pada Pintu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kereta mewah pun boleh dipanggil balik!

Itulah yang berlaku ke atas model Huracan Evo dan STO.

Dikhabarkan Lamborghini telah memanggil balik sekurang-kurang 21 unit Huracan Evo dan STO gara-gara pintu model itu tidak boleh dibuka.


Susulan itu, pihak syarikat telah memanggil semula kesemua model yang  yang dipasang antara 2 hingga 9 Mei 2022.

Hasil siasatan mendapati masalah berlaku pada pemegang pintu kiri.

Dikhabarkan klip keselamatan untuk kabel Bowden yang  membuka kunci pintu mungkin tidak berada dalam kedudukan yang betul pada kenderaan ini. Jika kabel kemudian menjadi longgar dari semasa ke semasa, mungkin tidak dapat membuka pintu dari luar.


Pemasangan kabel yang berada di kedudukan yang tidak betul dikesan oleh seorang pekerja Lamborghini  ketika melakukan pemeriksaan kualiti dibuat ke atas model itu baru-baru ini.

Syarikat itu berkata, jika kabel tersebut longgar dari semasa ke semasa, ia mungkin akan menyebabkan pintu sukar untuk dibuka dari luar.


Perkara ini nyata membahayakan nyawa pemilik Huracan jika mereka terlibat dalam kemalangan.

Sementara itu,  dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyebut bahawa skegagalan komponen tersebut boleh menyebabkan pintu sukar dibuka dari luar terutama apabila berlaku sebarang kecemasan. 

“Namun begitu, pintu masih lagi boleh dibuka dari dalam pada bila-bila masa,” ujarnya.


Tag:

LamborghiniHuracan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026