- Berita
- Berita Auto
- Ada Robot Dalam Bilik Pameran Jaguar Land Rover
Jaguar Land Rover Malaysia mengorak satu langkah ke hadapan apabila ia melancarkan bilik pameran terbaharunya yang dilengkapi dengan robot.
Bilik pameran yang terletak di Ara Damansara Sime Darby Motors City, menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjungnya.
Ia dilengkapi dengan barisan kenderaan yang hadir dengan kemasan dan upholsteri kereta untuk disentuh.
Para pelanggan juga boleh merasai sendiri serta alat konfigurasi terperinci yang menyediakan spesifikasi tersesuai bagi kenderaan yang ditempah khas.

Difahamkan, dua pembantu robot itu digunakan untuk menerima pakai sistem perkhidmatan pelanggan berautonomi.
Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata, pengenalan robot bertujuan untuk menaik taraf pengalaman pelanggan.
"Robot ini juga menyediakan ciri-ciri interaksi pelanggan dengan risiko yang lebih rendah selaras dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik.
"Perkhidmatan autonomi bercirikan teknologi seperti ini dapat digunakan secara meluas dan kami berharap untuk terus meneroka potensi teknologi ini," katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

