- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Terkini Bagi 1-8 Jun Ini
Harga runcit petrol RON97 dilaporkan kekal sama seperti minggu lalu, bermula 1 Jun hingga 8 Jun ini.
Ini menjadikan harga semasa RON97 kekal pada RM4.70 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pihaknya akan mengekalkan harga siling RON95 pada harga RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan akan terus memantau harga minyak dan mengambil langkah bersesuaian demi menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv