- Berita
- Global
- Chery Lancar Tiggo 8 Pro Max Di Qatar
Qatar merupakan negara Asia Barat yang pertama menerima Tiggo 8 Pro Max . Chery dilaporkan baru sahaja melancarkan jentera baharunya di negara itu.
Berikut perincian Tiggo 8 Pro Max:
• Enjin 2.0 TDGI
• 254PS@390Nm
• Klac berkembar tujuh kelajuan
• Pecut 0-100km/j hanya dalam 7.3 saat
• Penggunaan bahan api serendah 7 liter/100km
• Dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD)
• Kawalan elektronik
• Enam mod pemanduan – economy, normal, sport, camping, skiing, off-road
• gril hadapan geometric matrix diamond
• Kemasan krom satin
• panel kawalan iklim lapan-inci
• sistem audio Sony
• Lapan pembesar suara
• Arahan suara
• Penapis udara kabin
• Tempat duduk kulit
Ciri Keselamatan
• Advanced Driver Assistance System (ADAS)
• Kawalan Jelajah Adaptif
• Bantur Parkir AUtomatik
• Bantuan Kekal Lorong
• Pengesanan Titik Buta
Selain Qatar, Tiggo 8 Pro Max akan turut dilancarkan di Brazil, Chile dan negara-negara lain di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Untuk makluman, Tiggo 8 Pro merupakan salah satu model Chery yang sedang dirancang untuk dilancarkan di Malaysia.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/