Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV Mazda MX-30 2022 Dilancarkan Di Malaysia! Harga Dari RM198K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Bermaz Motor Trading Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama syarikat, Mazda MX-30 2022 dengan harga bermula daripada RM 198,780.00, termasuk SST, di atas jalan, tanpa insurans. Mazda MX-30 ialah model generasi ketiga Mazda selepas Mazda3 dan Mazda CX-30. Dua varian ditawarkan iaitu EV Mid dan EV High dengan beberapa perbezaan spesifikasi. 

KUASA MAZDA MX-30


Mazda MX-30 yang dibangunkan menggunakan platform SKYACTIV-Vehicle Architecture ini dikuasakan oleh motor elektrik dengan pek bateri litium ion 35.5 kWh yang memberikan jarak perjalanan sejauh 199 km (WLTP) sekali cas. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan dengan transmisi satu kelajuan. Kereta boleh mencapai output 107 kW (143 hp) dan tork 271 Nm. Dari segi prestasi, boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 9.7 saat dan mencapai kuasa maksimum 140 km/j.


Bateri kereta boleh dicas sama ada di rumah atau semasa dalam perjalanan menggunakan pengecas AC atau DC. Dengan pengecas DC 40 kW, bateri tersebut boleh dicas sehingga 80% dalam masa 36 minit, manakala dengan AC 3 kW, mengambil masa 12 jam, dan 6.6 kW, 5 jam untuk mencapai kapasiti 100 peratus.

BAHAGIAN LUAR MAZDA MX-30


Dari segi rekaan, pasukan pereka Mazda MX-30 cuba mengekalkan keindahan reka bentuk yang pernah diberikan pada model-model sebelum ini yang berkonsepkan Kodo Design, tetapi dalam masa yang sama, masih memberikan sentuhan baharu yang lebih segar untuk MX-30. Rekaan luarannya tampil ringkas dan elegan. Antara ciri luaran kereta ialah penggunaan lampu depan dan belakang jenis LED, gril radiator berwarna hitam dan roda aloi bersaiz 18 inci. 



BAHAGIAN DALAM MAZDA MX-30


Sentuhan elegan masih dikekalkan di ruang kabin kereta. Pada bahagian konsol tengah terdapat shifter elektronik dengan tombol kawalan pelbagai fungsi yang memudahkan pemandu dan penumpang mengawal sistem infotainmen Mazda Connect 8.8 inci (dengan ciri pengecaman suara) yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Mazda MX-30 menggunakan sistem audio 12 speaker Bose (EV High) yang mengaplikasikan teknologi Mazda Harmonic Acoustics. 


Kemudahan lain yang disediakan ialah pemantau pandangan 360 darjah (EV High), outlet kuasa 12V, stereng dengan butang kawalan audio dan bluetooth, paparan-di-kepala (HUD), paddle shifter dan penyejuk udara dua zon. Varian tertinggi turut dilengkapkan dengan bumbung suria automatik. 

CIRI KESELAMATAN MAZDA MX-30

Didatangkan secara standard untuk kedua-dua varian Mazda MX-30 ialah Teknologi Keselamatan Canggih i-Activesense Mazda dengan sistem seperti: 

-Pemantau Titik Buta (BSM)

-Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA

-Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS)

-Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dengan Pemantau Pemandu

-Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS) 


Varian EV High ditambah dengan ciri keselamatan seperti:

-Lampu Depan LED Adaptif (ALH)

-Amaran Trafik Lintasan Depan (FCTA)

-Sokongan Jelajah dan Trafik (CTS)


BERMINAT UNTUK MEMILIKI MAZDA MX-30?


Mazda MX-30 ditawarkan dalam warna Polymetal Gray dan Machine Gray untuk versi satu warna. Manakala warna-warna yang ditawarkan untuk versi dua warna pula ialah Jet Black Mica (dengan tiang bumbung perak), Zircon Sand (dengan bumbung hitam) dan Soul Red (dengan bumbung hitam). 

Unit yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM 198,780.00. Tempahan kini sudah dibuka dan pelanggan yang berminat boleh ke bilik pameran Mazda Glenmarie Flagship. Harga adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun (atau 100,000 km yang pertama), mana tiba dahulu. Bateri Mazda MX-30 juga hadir dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km, mana tiba dahulu.


Tag:

Mazda MX-30
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Bermaz Motor Dedah EV Baharu! Tak Lama Lagi Masuk Malaysia

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026