Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kenderaan Dijangka Naik, Ini Pendapat Pakar Ekonomi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tinggal beberapa minggu sahaja harga kereta tanpa pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST)  akan tamat sebaik hujung bulan ini.

Apa yang menjadi persoalan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) masih belum memberi kata putus sama ada SST akan diteruskan lagi atau dibatalkan!

Setakat ini, kerajaan masih kunci mulut, enggan mengumumkan  sebarang status SST kereta biarpun berbaki beberapa minggu lagi.


Untuk itu, Caricarz menghubungi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad bagi mendapatkan status terkini SST.


MAA berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada MOF berhubung keputusan sama ada melanjutkan atau menamatkan insentif pengecualian SST ke atas kenderaan penumpang.

“MAA belum mendapat maklum balas daripada MOF. Namun, kita mengharapkan pengecualian ini dapat dilanjutkan untuk tempoh tertentu berdasarkan beberapa faktor,” katanya kepada Caricarz.

Kenapa SST perlu diteruskan:

Tempahan tertunggak yang masih tinggi

Pengeluar berdepan dengan isu stok

Isu kekurangan cip komputer


Untuk makluman, pengecualian cukai jualan pertama kali diumumkan pada Jun 2020 sebagai cara untuk meningkatkan jualan kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan.


Ia kemudian dilanjutkan beberapa kali sepanjang 2 tahun yang lalu dengan lanjutan terkini ialah 30-Jun 2022.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa jika SST diteruskan ia akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Kelmarin kecoh pula mengenai harga kereta bermungkinan akan meningkat antara 1 hingga 10 peratus  jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.

Ikuti temubual Caricarz bersama Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.


Apakah komen dr. berhubung andaian kenaikan harga kereta 1-3 peratus?

Kenaikan harga kereta sememangnya boleh kita jangkakan disebabkan faktor kenaikan kos bahan mentah, peralatan, peranti elektronik dan juga kos buruh. 

Namun, kita harus memahami bahawa keputusan membeli kereta ini adalah pelbagai. 

Sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh faktor keperluan dan selebihnya faktor seperti citarasa terhadap jenama, rekabentuk, teknologi dan sebagainya. 

Para pembeli akan membeli kereta mengikut kemampuan mereka dan pihak bank atau institusi pembiayaan kereta akan memberikan pembiayaan berdasarkan kelayakan dan rekod pembayaran. 


Adakah kenaikan harga kereta akan menyebabkan angka jualan kenderaan akan menurun? 

Soalnya adakah kenaikan cukai akan menjejaskan trend pembelian kereta? 

Ada asasnya. Namun ia mungkin bersifat sementara kerana bagi pembeli kereta yang mana kereta sedia ada sudah lama, maka mereka akan cenderung untuk membeli kereta yang baru bagi mengelakkan kos penyelengaraan yang lebih tinggi. 

Justeru, keputusan membeli kereta terdiri dari pelbagai faktor sebenarnya dan tidak tertakluk kepada cukai semata-mata.


Berhubung desakan pengeluar kenderaan dan MAA yang mahu SST diteruskan atas beberapa faktor, ini jawapan Dr. Afzanizam:

Kenaikan kos perniagaan sudah pasti akan mengurangkan margin keuntungan. Maka, jalan singkat adalah dengan menaikkan harga jualan. 

Soal pengurangan SST pula, apabila diperkenalkan, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk  merangsang jualan kenderaan ketika negara berhadapan wabak Covid-19. 

Faktor Covid-19 ini pula dilihat semakin beransur pulih. Maka dasar itu perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.


Sekiranya, SST dikekalkan, adakah ia berupaya utk mengekalkan harga kenderaan? 

Persoalan ini perlu diteliti. Jika dasar yang dibuat itu tidak akan mencapai sasaranya maka, ia boleh merugikan semua pihak.

Sementara itu, seorang pakar ekonomi yang enggan mahu dikenali pula berpendapat bahawa SST sebenarnya tidak perlu dilanjutkan.

Solusinya ialah bagi sesiapa yang membuat tempahan kereta sebelum 30 Jun, mereka masih layak mendapat SST walaupun kenderaan yang ditempah keluar pada hujung tahun.

Bernas juga idea pembeli masih layak menerima SST walaupun kereta keluar hujung tahun.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026