- Berita
- Kereta Baru
- HR-V Baharu, Ada Trenkuasa Petrol, Hibrid
Anda berminat dengan Honda HR-V serba baharu?
Jika ya, ada berita baik untuk anda!
Ini kerana Honda telah membuka tempahan model HR-V berkenaan di semua rangkaian pengedar Honda di seluruh negara.
Untuk makluman, ia dibangunkan menerusi konsep 'AMP UP YOUR LIFE.

Jentera ini juga menawarkan gayaan menarik dan rasa premium tanpa mengorbankan sifat pratikal kegunaan harian kenderaan tersebut.
“HR-V mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2015 dan menjadi model jualan paling laris dan model sensasi.
“Ia cukup unik, sukar ditandingi sifat praktikal dan sarat dengan ciri termaju yang membawa pembaharuan selangkah di hadapan pesaing,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

Apa yang ada dengan HR-V ini? Baca spesifikasinya:
• Rekaan grill baharu manakala memaparkan gaya fastback di belakang.
• Signal Lampu Belik LED Sequential
• Jalur lampu belakang LED
• Lampu utama LED lampu siang (DRL)
• lampu kabus LED (depan)
• Rim aloi 18 inci
• Mod Pemanduan pintar (i-MMD)
• Teknologi e:HEV pada Honda HR-V RS adalah sistem hibrid
• Gabungan trenkuasa petrol dan motor elektrik, menawarkan kuasa 129hp dan tork 253Nm.
• Mod Pemanduan - ECON, Normal dan Sport

CIRI KESELAMATAN
• Honda LaneWatch
• Walk Away Auto Lock
• Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Ikutan Kelajuan Rendah (LSF)
• Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
• Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
• Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
• Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.honda.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

