- Berita
- Berita Auto
- Jalan Sesak 7 KM Kerana Kemalangan 7 Kereta Di KM271.1

Kesesakan berkepanjangan lebih kurang tujuh kilometer berlaku disebabkan kemalangan yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 271.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab Rahman, kejadian pada jam 1.40 petang itu berlaku selepas sebuah kereta BMW yang berhenti kerana kesesakan trafik dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Vios.

“Kemudian kereta Toyota Vios itu dilanggar pula oleh sebuah kereta Mercedes dan seterusnya empat buah kereta lain yang berada di belakang berlanggar antara satu sama lain secara ‘bumper to bumper’.

“Bagaimanapun, kemalangan tidak melibatkan kecederaaan dan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiada kemalangan jiwa yang berlaku, namun telah menyebabkan kesesakan sepanjang lebih kurang tujuh kilometer.
“Lalu lintas telah dikawal oleh anggota Peronda Lebuh Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak konsesi lebuh raya dan trafik kembali lancar pada pukul 4.30 petang,” katanya.
Siasatan lanjut mengenai kemalangan ini masih dijalankan dengan siasatan dilakukan di bawah Kaedah 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.
Sumber Berita: Kosmo
Sumber Foto: FB Info Roadblock Seluruh Malaysia
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

