- Berita
- Global
- Pakai Pakaian Longgar, Selipar, Kasut Tumit Tinggi Ketika Memandu, Boleh Didenda Sampai Puluhan Ribu
Pakai Pakaian Longgar, Selipar, Kasut Tumit Tinggi Ketika Memandu, Boleh Didenda Sampai Puluhan Ribu
Mana-mana pemandu UK yang didapati memandu dengan pakaian dan kasut yang tidak sesuai, mereka boleh dikenakan denda £5,000 (RM26,932) termasuk larangan memandu jika kes dihadapkan ke mahkamah.
Denda serta-merta pula sebanyak £100. Denda ini juga boleh dikenakan tiga mata penalti, lapor berita online, express.co.uk.
Oleh itu, pemandu di United Kingdom diberi amaran keras supaya tidak memakai pakaian dan kasut yang sebarangan.

Langkah itu diambil ketika negara berkenaan mencatatkan suhu panas yang kini mencecah 30 darjah Celsius.
Di sebalik cuaca panas, ramai yang mengenakan pakaian terlalu longgar untuk membuatkan mereka berasa selesa sehingga mengabaikan soal keselamatan.
Peraturan 97 Kod Lebuhraya menyatakan:
“Pakaian longgar yang anda pilih ketika memandu sebenarnya boleh menghalang anda mengendalikan kenderaan dengan betul.
“Bayangkan, jika pakaian anda terlalu longgar, ia sebenarnya boleh tersangkut pada klac atau brek sekaligus berdepan dengan risiko kemalangan. Jadi, jika ia boleh menjurus kepada kemalangan, maka pemandu itu boleh didakwa atas kesalahan memandu secara cuai dan dikenakan denda £5,000 ,” katanya.
Antara kasut yang tidak boleh dipakai ketika memandu:
· Selipar
· Kasut tumit tinggi
· Cermin mata hitam/ bingkai tebal
Kenapa tidak boleh pakai cermin mata hitam?
Ini jawapannya!

Cermin mata hitam adalah aksesori perlindungan mata yang cukup penting terutama ketika musim panas namun ia sebenarnya boleh menghalang penglihatan seseorang semasa memandu.
Misalnya, sesetengah kanta mungkin berwarna terlalu gelap sekaligus menyekat penglihatan di siang hari.
Menyentuh mengenai bingkai cermin mata bersaiz besar, ia sebenarnya boleh menyebabkan titik buta, jadi pemandu dinasihatkan untuk mengujinya terlebih dahulu.
Selain kod etika pemakaian, pihak berkuasa di negara itu juga melarang pemandu kenderaan memakai kasut tinggi dan kasut setebal 10 milimeter yang dianggap kasut yang tidak selamat untuk dipakai ketika memandu.
Semua jenis kasut ini hanya mendorong kepada risiko hilang kawalan dan kemalangan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

