Link Copiedcheck_circle
Global

Pakai Pakaian Longgar, Selipar, Kasut Tumit Tinggi Ketika Memandu, Boleh Didenda Sampai Puluhan Ribu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mana-mana pemandu UK yang didapati memandu dengan pakaian dan kasut yang tidak sesuai, mereka  boleh dikenakan denda £5,000 (RM26,932) termasuk larangan memandu jika kes dihadapkan ke mahkamah.

Denda serta-merta  pula sebanyak £100. Denda ini juga boleh dikenakan tiga mata penalti, lapor berita online, express.co.uk.

Oleh itu, pemandu di United Kingdom diberi amaran keras supaya tidak memakai pakaian dan kasut yang sebarangan.


Langkah itu diambil ketika negara berkenaan mencatatkan suhu panas yang kini mencecah  30 darjah Celsius.

Di sebalik cuaca panas, ramai yang mengenakan pakaian terlalu longgar untuk membuatkan mereka berasa selesa sehingga mengabaikan soal keselamatan.

Peraturan 97 Kod Lebuhraya menyatakan:

“Pakaian longgar yang anda pilih ketika memandu sebenarnya boleh menghalang anda mengendalikan kenderaan dengan betul.

“Bayangkan, jika pakaian anda terlalu longgar, ia sebenarnya boleh tersangkut pada klac atau brek sekaligus berdepan dengan risiko kemalangan. Jadi, jika ia boleh menjurus kepada kemalangan, maka pemandu itu boleh didakwa atas kesalahan memandu secara cuai dan dikenakan denda £5,000 ,” katanya.

Antara kasut yang tidak boleh dipakai ketika memandu:

·       Selipar

·       Kasut tumit tinggi

·       Cermin mata hitam/ bingkai tebal

Kenapa tidak boleh pakai cermin mata hitam?

Ini jawapannya!


Cermin mata hitam adalah aksesori perlindungan mata yang cukup penting terutama ketika musim panas namun ia sebenarnya boleh menghalang penglihatan seseorang semasa memandu.

Misalnya,  sesetengah kanta mungkin berwarna terlalu gelap sekaligus menyekat penglihatan di siang hari.

Menyentuh mengenai bingkai cermin mata bersaiz besar, ia sebenarnya  boleh menyebabkan titik buta, jadi pemandu dinasihatkan untuk mengujinya terlebih dahulu.

Selain kod etika pemakaian, pihak berkuasa di negara itu juga melarang pemandu kenderaan memakai kasut tinggi dan kasut setebal 10 milimeter yang dianggap kasut yang tidak selamat untuk dipakai ketika memandu.

Semua jenis kasut ini hanya mendorong kepada risiko hilang kawalan dan kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026