- Berita
- Berita Auto
- Penampakan Proton X90 Di Genting Highland, Sedang Diuji

Geely Haoyue Versi Terhad Berwarna Hitam dan Emas di China
Proton X90 menampakkan kelibatnya di Genting Highland. Model yang masih dinantikan pelancarannya di Malaysia ini dilihat sedang diuji bersama dengan beberapa model lain yang kemungkinan besar dijadikan penanda aras prestasi kereta, Mazda CX-8 dan Kia Carnival.

Sumber: Paultan
Model tujuh tempat duduk yang dikesan ini ialah sebuah unit dengan bahagian memandu di sebelah kiri. Info ini dikongsikan oleh pembaca blog automotif Malaysia, Paul Tan, saudara Yusuf Iman dan Shairol Azhar.
Bilakah Proton X90 Akan Dilancarkan?
Sumber: Paultan
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Roslan Abdullah, X90 akan diperkenalkan dalam tahun hadapan.
“Berdasarkan perancangan asal, ia sepatutnya diperkenalkan tahun ini, namun tidak dapat diteruskan kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lalu,” ujarnya semasa pelancaran Saga 2022.
Spesifikasi Proton X90
X90 merupakan sebuah model yang direka berdasarkan Geely Haoyue atau turut dikenali sebagai Okavango dalam pasaran antarabangsa.

Spesifikasi X90 untuk pasaran Malaysia masih lagi tidak didedahkan, namun berdasarkan spesifikasi model yang dilancarkan di negara China, ia menggunakan enjin sama yang terdapat pada X70 iaitu enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 1.8L dengan output 179 hp dan tork 300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi dwi-klac 7 kelajuan.

Sementara itu, Filipina pula menerima X90 dengan enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.5L serta sistem hibrid-ringan 48 volt. Enjin ini memberikan output 187 hp dan tork 300 Nm. Sepertimana versi negara China, kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi dwi-klac 7 kelajuan.
Baca: Segera Tempah Proton Sebelum Terlambat!
Agak-agaknya apakah spesifikasi yang akan kita terima nanti? Kongsi pendapat anda di bawah.
Sumber: Paultan
Baca: Proton X90 Dibina Berdasarkan Geely Haoyue? Ini Dia Spesifikasi Geely Haoyue Di China...
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv