Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Pemandu Trak Pikap Tiada Lesen Memandu, Tiada GDL, Insurans

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, kebanyakan pemandu trak pikap tidak mempunyai lesen memandu namun selamba memandu di atas jalan raya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ketika melakukan penguatkuasaan khas ke atas kenderaan pick up (4x4) di sekitar negeri Pulau Pinang, kelmarin.


Selain tiada lesen memandu, kebanyakannya juga tidak mempunyai tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, gagal patuhi lampu isyarat merah dan turut menggunakan telefon bimbit ketika memandu.


Kesalahan lain yang turut dilakukan ialah potong barisan, menggunakan cermin gelap tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan, nombor pendaftaran ‘fancy’, memasang ‘strobe light’ dan melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.


Ingat, trak pikap mempunyai kemungkinan ‘kira-kira 40 peratus lebih tinggi’ untuk membunuh atau mencederakan pemandu secara serius dalam kemalangan.

Gara-gara pusat graviti trak pikap yang lebih tinggi, ia ‘tiga kali ganda lebih berkemungkinan berguling’ jika dibandingkan dengan ‘sedan penumpang bersaiz besar’.


Oleh itu, bagi yang masih tidak mempunyai lesen, segeralah mengambil lesen. Bukan apa, apabila tiada lesen memandu dan memandu kereta, anda sebenarnya membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. 


Bukan apa, seseorang  yang mempunyai lesen pastinya sudah menghadiri pemeriksaaan dan ujian sehingga dia benar-benar faham aspek keselamatan serta adab di jalan raya berbanding mereka yang tidak mempunyai lesen memandu. 

Untuk itu, JPJ Pulau Pinang menasihatkan pemandu dan pemilik kenderaan 4X4 supaya patuh pada peraturan dan undang- undang.


Bagi yang berminat untuk melakukan sebarang pengubahsuaian kenderaan, anda perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automatif JPJ. 


Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026