Link Copiedcheck_circle
Global

[VIDEO] 50 Unit Terhad Kereta Tanpa Bumbung & Pintu "My Ami Buggy" Terjual Kurang 20 Minit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tidak sampai 20 minit, 50 unit keluaran terhad “My Ami Buggy” berjaya dijual! Jualan secara dalam talian yang dibuka pada jam 12 tengah malam pada hari Selasa, 21 Jun yang lalu ini menerima sambutan yang luar biasa. Tempahan bugi eksklusif ini dibuat melalui laman web citroen.fr/ami#my_ami_buggy.


Apa Yang Menarik Tentang 50 Unit Bugi Edisi Terhad Ini?




Setiap pelanggan akan menerima bugi versi eksklusif yang hadir dengan beberapa ciri unik seperti plat dengan tulisan “My Ami Buggy ULTRA SPECIAL LIMITED EDITION” bernombor dari 1 hingga 50 pada bahagian kanan papan pemuka.


Habis Terjual Kurang 20 Minit




Semua model istimewa ini berjaya dijual dalam masa kurang 20 minit iaitu dalam jangka masa hanya 17 minit 28 saat! 


Pembeli Terpantas




Salah seorang pembeli unit istimewa ini berjaya menyelesaikan proses pembelian dalam jangka masa hanya 2 minit 53 saat, dari awal proses hinggalah pembayaran dibuat. 




Sebagai pembeli terpantas, dia akan menerima satu daripada 50 unit yang disertakan dengan namanya, yang mana penghantaran akan dibuat pada bila-bila masa yang pembeli tersebut inginkan dalam suku kedua bulan Ogos nanti. 


Apa Ciri Menarik Pada Bugi Keluaran Citroën Ini?




Kenderaan ini merupakan sebuah kenderaan berkonsep terbuka tanpa pintu dan bumbung. Oleh itu, ia sesuai untuk individu yang mendambakan kebebasan pergerakan tanpa halangan. 


Pintu kereta ini digantikan dengan tiub besi, manakala bumbungnya pula ialah jenis convertible atau boleh dilipat menggunakan fabrik kelabu yang boleh digulung.




Fabrik yang digunakan adalah jenis kalis air dan memiliki lapisan tambahan yang dapat melindungi penumpang daripada sinaran UV matahari atau cuaca buruk. Selain boleh digulung, bumbung ini juga boleh ditanggalkan dan disimpan di belakang tempat duduk.


Ditawarkan di sembilan buah negara, Ami telah berjaya mengumpulkan seramai 21,000 orang pelanggan di seluruh Eropah sejak ia mula dilancarkan pada bulan April 2020.


Jom Tonton Video My Ami Buggy Daripada Citroën Di Bawah:



Baca: Sebuah Kereta Konsep Yang Menampilkan Kelainan Luar Biasa!

Tag:

Citroen My Ami Buggy
limited edition
Edisi Terhad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

28-10-2025
Global

25-09-2025
Global

23-04-2025
Kereta Baru

14-04-2025
Kereta Baru

17-01-2025
Kereta Baru

13-01-2025
Global

24-10-2024

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025