- Berita
- Video
- BYD Kini Penjual EV Kedua Terbesar Dunia, Kedudukan Tesla Terancam
BYD Kini Penjual EV Kedua Terbesar Dunia, Kedudukan Tesla Terancam
Syarikat pengeluar kereta China, BYD, kini merupakan penjual kenderaan elektrik (EV) kedua terbesar di dunia berdasarkan pencapaian sepanjang enam bulan pertama tahun ini selepas Tesla, lapor Nikkei.
Syarikat dari China yang mendapat sokongan kewangan dari Berkshire Hathaway ini memberi tumpuan kepada penghasilan EV dan hibrid plug-in setelah menamatkan pengeluaran kereta enjin pembakaran dalaman pada bulan Mac lalu.
Pencapaian BYD tahun ini merupakan satu pencapaian besar kerana dalam tempoh sama (Januari-Jun) pada tahun lalu, syarikat berada pada kedudukan keempat, di belakang SAIC Motor dan Volkswagen dengan jualan EV sebanyak 324,000 unit. Namun kini, BYD berjaya mengalahkan kedua-dua jenama tersebut.
EV keluaran BYD menarik perhatian ramai kerana pilihan yang pelbagai dan juga kerana ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu antara 100,000 ke 200,000 yuan (RM66,069.39 ke RM132,138.78). Harga yang murah ini menarik perhatian ramai pembeli muda.
Perancangan Akan Datang
Dalam sebuah persidangan yang diadakan di Tokyo, BYD mengumumkan perancangan untuk memasuki pasaran Jepun dengan kereta jenis SUV sebagai salah sebuah model yang akan ditawarkan pada tahun 2023 nanti.
Sumber: Nikkei Asia, Asia Financial
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv