Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Maut, Sebab Masih Ramai Kurang Arif Kendalikan Trak Pikap

Suhana Veru

Kongsi melalui

Adakah anda bersetuju kerajaan perlu mewujudkan lesen khas jika ada yang selepas ini mahu memandu trak pikap?

Ya atau tidak, itu pandangan anda sendiri!

Namun, bagi penulis kerajaan sewajarnya mewujudkan lesen khas bagi mereka yang mahu memandu jentera gergasi ini.

Bukan apa, buat masa ini sesiapa sahaja boleh memandu trak pikap. Malah, sepanjang penulis melakukan uji trak pikap juga mula sedar, rupa-rupanya pengendalian jentera ini sememangnya jauh berbeza berbanding kereta-kereta sedan.

Bukan mudah ya untuk memandu trak pikap, kerana saiz dan olengan badan yang minimal.


Apapun, buat masa ini, anda hanya perlu memiliki lesen Kelas D iaitu motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kilogram jika mahu memandu pacuan empat roda ini.

Sejak kebelakangan ini, wartawan pula asyik mencadangkan supaya  kerajaan perlu mewujudkan lesen khas untuk memandu trak selepas lima sekeluarga maut gara-gara dirempuh sebuah pacuan empat roda di di Kilometer (KM) 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik baru-baru ini.

Menjawab cadangan itu:

Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi berkata,  lesen memandu khas dilihat amat penting supaya pemandu trak pikap memiliki kemahiran serta teknik pengendalian kenderaan dengan cara yang betul dan selamat.

"Lesen Kelas D yang digunakan pemandu pacuan empat roda ketika ini tidak sesuai dengan cara pengendaliannya yang berbeza dengan kereta lai

"Kebanyakan mereka yang mengambil lesen memandu Kelas D akan berlatih dengan menggunakan kereta jenis Perodua Kancil atau Axia. Setelah mendapat lesen, mereka memandu pula pacuan empat roda yang mempunyai fizikal yang jauh lebih besar, tinggi serta enjin yang lebih berkuasa,” katanya kepada Kosmo.

Mengulas lanjut mengenai lesen khas, beliau berkata, kedudukan titik graviti trak pikap adalah lebih tinggi.

Keadaan itu menyebabkan ia menjadi kurang stabil berbanding kenderaan yang lebih rendah dan dekat dengan permukaan jalan.


“Apa yang lebih mengecewakan apabila ada pemilik yang tidak mengenali secara menyeluruh sifat kenderaan itu dan terus memandu laju sehingga hilang kawalan dan mudah untuk memasuki laluan bertentangan atau terbabas,” ujarnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya pemandu trak pikap perlu memiliki lesen memandu khas seperti pemandu lori dan bas iaitu Lesen Memandu Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Presiden Persatuan Pengguna Jalan raya Kebangsaan, Datuk Mohammad Hisham Shafie pula berpendapat mana-mana individu yang mahu memandu trak pikap juga perlu menjalani latihan atau kursus bagi meningkatkan advokasi.

Sebaliknya, apa pula pandangan anda?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026