Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui



Setelah beberapa teaser  dikongsikan sejak beberapa minggu lalu, model Grand Utility Vehicle (GUV) Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) akhirnya dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang semalam.




Terdapat tiga varian:


2.2D - 8 Tempat Duduk - RM231,229

2.2D (High) – 8 Tempat Duduk - RM247,229

2.2D  (High) – 7 Tempat Duduk -RM261,229




Sama seperti Kia Carnival CBU, ketiga-tiga varian ini masih menggunakan enjin diesel turbo 2.2 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.


Jentera ini mampu menghamburkan kuasa 199hp pada 3,800 rpm dan tork 440Nm pada  1,750-2,750rpm.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai perbezaan Kia Carnival CBU dengan CKD?




Sudah pastinya model CKD terbaharu ini ditawarkan dalam konfigurasi tujuh atau lapan tempat duduk.


Antara ciri standard yang dipasang pada Kia Carnival CKD:

Lampu kombinasi belakang LED

Sistem audio BOSE

12 unit pembesar suara

Rim aloi bersaiz 18 inci

Lampu utama LED berkembar

Lampu nyalaan siang LED

Skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci 

Ada Apple CarPlay dan Android Auto

Sokongan pengecasan tanpa wayar 

7 slot USB




CIRI KESELAMATAN:


Bantuan Suluh Tinggi (HBA)

Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW)

Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)

Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM)

Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)

Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)

Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)

Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)

Bantuan Mengikut Lorong (LFA)

Kawalan Jelajah Pintar (SCC)




Untuk info, varian tujuh tempat duduk pula didatangkan dengan  kerusi Premium Relaxation dan barisan kedua pula disediakan dengan Kerusi Kapten.


Kia Carnival 2022 CKD ini merupakan model pertama pemasangan tempatan di Kilang Inokom Assembly, Kulim, Kedah.


Terdapat lima pilihan warna:


Astra Blue, Sonic Silver

Jet Black

Snowflake 

White Pearl 

Meteor Gray


Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun  dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta didatangkan dengan pakej ePnyelenggaraan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026