Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda HR-V 2022 sebentar tadi. Empat varian ditawarkan iaitu Gred S (varian tanpa turbo), Gred E dan V (varian dengan turbo) serta varian yang menggunakan sistem hibrid, RS e:HEV. Harga bermula daripada RM114,800 ke RM140,800, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. 


PRESTASI HONDA HR-V 2022




Varian terendah Honda HR-V 2022, S, dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aspirasi natural 1.5L DOHC i-VTEC  dengan output 119hp/145Nm. Kuasa disalurkan kepada dua roda hadapan dengan transmisi CVT. Varian ini didatangkan mod pemanduan Econ dan Normal. Ia turut dilengkapi dengan fungsi brek parkir elektronik dan brek pegun automatik. Perincian untuk varian lain dijelaskan di bawah.




Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:

-Enjin turbo DOHC VTEC 1.5L

-Petrol empat silinder berpengecas turbo 1,498 cc

-Output kuasa 175hp/240Nm

-Pedal penukar gear stereng

-Mod pemanduan Econ, Normal, Sport


Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:

-Stereng nisbah pemboleh ubah


Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:

-Enjin DOHC i-VTEC 1.5L

-Petrol empat silinder kitaran Atkinson aspirasi natural 1,498 cc

-Output kuasa 104hp/127Nm

-Motor pacuan elektrik hadapan

-Output kuasa 129hp/253Nm

-Transmisi satu kelajuan dengan klac lock-up


BAHAGIAN LUAR HONDA HR-V 2022




Didatangkan secara standard ialah lampu depan reflektor LED automatik, lampu belakang kombinasi LED, gril bar berwarna hitam berkilat, kemasan bawah berwarna hitam berkilat dan  roda aloi dua warna enam jejari bersaiz 17 inci. Perincian untuk varian lebih tinggi dikongsikan di bawah.


Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:

-Lampu kabus depan LED

-Gril bercorak dam berwarna hitam berkilat

-Bodykit depan dan belakang

-Roda aloi berwarna kelabu enam jejari 17 inci

-Ekzos berkembar

-Penghidup enjin jarak jauh




Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:

-Isyarat pusingan LED berjujukan 

-Roda aloi berwarna kelabu 10 jejari 18 inci


Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:




-Ambang tepi berwarna krom

-Bampar hitam berkilat dengan krom

-Gril depan krom yang sporty



BAHAGIAN DALAM HONDA HR-V 2022





Bergerak ke bahagian dalam, Honda HR-V 2022 didatangkan secara standard dengan tempat duduk dalam balutan fabrik hitam, dengan nisbah lipatan 60:40 untuk tempat duduk belakang beserta fungsi Ultra Seat. Sterengnya lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi dan boleh dilaraskan secara teleskopik dan boleh condong. 




Dari segi teknologi, kereta menggunakan kluster instrumen analog dengan paparan pelbagai info, sistem infotainmen 2-DIN berskrin sentuh lapan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, empat speaker dan 2 port USB depan. 


Untuk keselesaan, kereta dilengkapkan dengan kawalan iklim automatik zon tunggal, push-button start, empat sensor parkir belakang dan kamera undur. Perincian untuk varian lebih tinggi dikongsikan di bawah.


Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:

-Kemasan papan pemuka berwarna perak

-Kluster instrumen separa digital dengan paparan bersaiz 7 inci

-Tempat letak tangan di bahagian tengah belakang

-2 port usb belakang


Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:

-Stereng/tombol gear balutan kulit

-Tempat duduk balutan kulit berwarna hitam

-Tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik kepada 8 arah

-8 speaker

-Servis jarak jauh Honda Connect


Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:

-Pengelap tingkap automatik

-Kawalan iklim automatik dua zon

-Kit pembaikan tayar

-Bukaan pintu belakang secara automatik (bebas tangan)


CIRI KESELAMATAN HONDA HR-V 2022




HR-V 2022 didatangkan secara standard dengan pakej Honda Sensing yang termasuk brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti dan mula (Low Speed Follow), bantuan pemusatan lorong, bantuan kekal lorong dan lampu tinggi automatik. Kesemua model turut menerima fungsi peringatan untuk tempat duduk belakang, serta kawalan turun bukit, empat sensor undur dan sebuah kamera sensor. 

Kamera titik buta LaneWatch hanya disediakan untuk varian V dan RS sahaja. 


HARGA HONDA HR-V 2022




Honda HR-V 2022 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Crystal Black Pearl. Harga bagi 1.5L S ialah RM114,800, 1.5L E ialah RM129,800, 1.5L V ialah RM134,800 dan varian tertinggi, 1.5L e:HEV RS ialah RM140,800 dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. 




Gallery

Tag:

Honda HR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

17-07-2025
Kereta Baru

01-07-2025
Berita Auto

17-05-2024
Berita Auto

12-04-2024
Pandu Uji

30-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

26-09-2022
Berita Auto

21-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka – Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Beberapa bulan selepas kemunculan globalnya di China, model facelift, Xpeng G6 2025 kini bakal tiba di pasaran Malaysia. Pendaftaran minat (ROI) model ini telah dibuka melalui laman web rasmi Xpeng Malaysia.

24-09-2025
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025