- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 yang diimport sepenuhnya dari Jerman. Model ini ditawarkan pada harga daripada RM 698,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
PRESTASI MERCEDES-BENZ EQS 450+ 2022
Mercedes-Benz EQS 2022 yang dilancarkan di Malaysia ialah EQS 450+ dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 107.8 kWh, yang memberi output maksimum 333hp/565Nm. Untuk menjamin kereta mampu mencapai jarak perjalanan yang jauh, iaitu sehingga 782KM, kelajuan tertinggi EQS ditetapkan pada 210KM/J sahaja.
*Atas jalan tanpa insurans
Untuk pengecasan, pek bateri 107.8 kWh model ini mengambil masa selama 10 jam untuk dicas penuh dari 10-100 peratus menggunakan pengecas AC 11 kW. Sekiranya dicas dengan pengecas pantas DC 200 kW pula, masa yang diambil hanyalah 31 minit daripada kapasiti 10-80 peratus.
BAHAGIAN LUAR MERCEDES-BENZ EQS 450+ 2022
EQS 450+ tampil dengan gaya sporty AMG Line. Ia menggunakan roda aloi multispoke AMG bersaiz 21 inci, gril radiator dengan corak khas Mercedes-Benz, lampu digital serta jalur reflektor di bahagian depan. Lampu kereta tampil dengan teknologi Adaptive Highbeam Assist Plus.
BAHAGIAN DALAM MERCEDES-BENZ EQS 450+ 2022
Bergerak ke bahagian dalam kereta, jelas terpancar ciri eksklusif kereta yang mana tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa berwarna hitam (atau coklat 'balao"). Tempat duduk depan kereta juga dilengkapkan dengan teknologi pemanas, dan fungsi memori automatik. Tempat duduk belakang kereta boleh dilaraskan secara automatik. Stereng kereta yang tampil dengan butang kawalan pelbagai fungsi dibalut dengan kulit Nappa.
Bagi menaikkan ‘mood’ penumpang dan pemandu, EQS dilengkapi dengan ciri menarik seperti lampu ambien aktif.
Untuk keselesaan, kereta dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut:
-Pakej Comfort KEYLESS-GO
-KEYLESS-GO
-Akses bebas tangan
-Tablet belakang MBUX
-Pengecas tanpa wayar untuk penumpang depan dan belakang
-Kawalan iklim auto THERMOTRONIC
-Pintu belakang EASY-PACK
-Pakej Acoustic Comfort
-Pencahayaan kompartmen belakang adaptif
-Pakej lampu belakang
-Visor matahari jenis tarik (pull-out)
-Panel ambang pintu yang bercahaya dengan tulisan Mercedes-Benz
-Pakej USB Plus
-Kompartmen simpanan di bawah konsol tengah
Dari segi teknologi, kereta menggunakan MBUX Hyperscreen dengan sistem multimedia MBUX. Selain itu ia lengkap dengan paparan OLED untuk penumpang depan, paparan-di-kepala (HUD), bantuan dalaman MBUX (termasuk untuk penumpang belakang), MBUX Navigation Premium, Live Traffic Information, MBUX High-End Rear Seat Entertainment System, dua headset tanpa wayar, integrasi telefon pintar, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio keliling Burmester® 3D, servis sambungan Mercedes me dan sebagainya.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ EQS 2022
Berikut adalah ciri keselamatan yang didatangkan secara standard pada Mercedes-Benz EQS 450+ 2022:
-Pakej Bantuan Pemanduan Plus
-Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
-Bantuan Kekal Lorong Aktif
-Bantuan Tukar Lorong Aktif
-Sokongan kendalian evasif
-PRE-SAFE® impulse side
-Sensor belakang untuk bantuan keluar lorong
-Perlindungan URBAN GUARD
-Anti-theft alarm system
-Interior monitoring system
-Parking Package with 360-degree camera
-360° camera
-Active Parking Assist
-Mirror package
-TIREFIT
-Tyre pressure monitoring system
-Beg udara tingkap/lutut
-Beltbag
-PRE-SAFE® system
-Sistem panggilan keselamatan Mercedes-Benz
HARGA MERCEDES-BENZ EQS 450+ 2022
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM 698,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Pembelian didatangkan dengan jaminan kenderaan selama empat tahun tanpa had perbantuan secara standard, dan bateri EV dilindungi selama lapan tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu.
Dalam acara yang sama, Mercedes-Benz Malaysia turut memperkenalkan model yang bakal memasuki pasaran negara mulai suku keempat tahun ini, iaitu EQB dan EQC. Nantikan aritkel daripada CariCarz yang akan datang untuk maklumat lanjut!
Ikut kami di Facebook untuk mendapatkan info terkini dan tergembar dalam dunia automotif.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv