- Berita
- Berita Auto
- Perlu Ada Permit Khas Beli Petrol, Diesel Lebih 20 Liter
Sejak semalam tular berita mengenai larangan pembelian bahan api petrol dan diesel dengan menggunakan tong drum, plastik atau bekas lain.
Hari ini, kerajaan menetapkan bahawa mana-mana syarikat atau individu yang mahu membeli petrol dan diesel lebih 20 liter, mereka perlu memohon permit khas!

Namun, jika mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.
Perkara itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Langkah itu diambil bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, anda tidak akan dikenakan sebarang bagi permohonan permit khas.
Ini bermakna jika anda memiliki permit khas, anda boleh mengisi petrol dan diesel dengan menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.
Jika anda mahu memohon memohon permit khas, layari sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir kunjungi pejabat KPDNHEP.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

