Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, telah dilancarkan Perodua Alza baharu, yang merupakan sebuah MPV dengan 7 tempat duduk yang dijual antara harga RM62,500-RM75,500. Ramai yang tertarik dengan personaliti baharu yang diketengahkan untuk Alza kali ini sehingga menyebabkan Perodua 'tak menang tangan' menerima tempahan, yang dikatakan mencecah lebih 30,000 unit sejak awal tempahan dibuka.


Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Anda pun dah terpukau sama? Tetapi sebelum menekan butang 'tempah' jangan lupa untuk mempertimbangkan satu lagi perkara:

Bab penyelenggaraan kereta: Berapakah kos yang terlibat? Betulkan kereta ini betul-betul mampu milik?

Dalam artikel kali ini, CariCarz kongsikan perbandingan kos penyelenggaraan Perodua Alza (terkini) dengan pesaing rapat, Perodua Aruz yang juga merupakan sebuah kenderaan keluarga dengan 7 tempat duduk pada harga berpatutan antara RM72,900-RM77,900.Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan kos penyelenggaraan Perodua dalam tempoh 5 tahun pertama atau dalam jarak perjalanan kereta sehingga 100,000KM.

Servis Pertama: 10,000KM

Servis asas 10,000KM pertama Alza


Servis asas 10,000KM pertama Aruz

 

Servis pertama yang perlu dibuat oleh kedua-dua model ini ialah pada jarak perjalanan 10,000KM atau ketika 6 bulan pertama.


Pemilik perlu membuat servis asas atau minor membabitkan pertukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, gasket untuk mengetatkan saluran minyak enjin (Drain Plug Gasket). Pemasangan gasket ini diperlukan untuk mengelakkan alur skru daripada mengalami kerosakan.  


Jumlah kos servis pertama ini ialah RM186.40 (Alza) dan RM161.30 (Aruz).

 

Tahukah anda, kenapa penapis minyak enjin perlu ditukar?



Gambar hiasan: Penapis minyak enjin


Penapis minyak perlu digantikan kepada yang baharu setiap kali minyak enjin ditukar. Ini dilakukan untuk mengelakkan risiko penapis minyak daripada tersumbat sehingga menjejaskan aliran minyak. Enjin juga berisiko untuk rosak.  

 

Servis Kedua: 20,000KM



Gambar hiasan: Penapis kabin yang kotor


Servis kedua dilakukan pada jarak perjalanan 20,000KM. Selain servis asas (pertukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, Drain Plug Gasket), Perodua Alza akan menerima penapis kabin baharu.


Bermula daripada servis yang kedua, caj yang dikenakan adalah termasuk upah buruh dan SST sebanyak 6 peratus.


Jumlah kos servis kedua ialah RM297.81 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).


Nota: Servis yang sama akan diterima Alza pada jarak perjalanan 60,000KM dan Aruz pula pada 50,000KM.


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kedua: RM484.21

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kedua: RM358.22

 

Servis Ketiga: 30,000KM




Servis ketiga dilakukan pada jarak perjalanan 30,000KM. Bagi Perodua Aruz, penapis kabin dicadangkan untuk ditukar pada servis ketiga.


Jumlah kos servis ketiga termasuk servis asas, SST dan upah buruh ialah RM236.86 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).


Nota: Servis yang sama akan diterima Alza pada jarak perjalanan 50,000KM, 70,000KM dan 90,000KM. Perodua Aruz pula akan menerima servis sama pada jarak perjalanan 90,000KM.


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis ketiga: RM721.07

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis ketiga: RM610.59


Tahukah anda, kenapa penapis kabin perlu ditukar?

Penapis kabin perlu ditukar untuk mengelakkannya daripada tersumbat, fungsi penapis ini adalah untuk menghalang asap ekzos, kotoran, habuk dan alergen lain daripada memasuki kabin. Sekiranya tidak ditukar dan tersumbat, akan menyebabkan kereta berbau dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengalami alahan.

 

Servis Keempat: 40,000KM


Gambar hiasan: Minyak brek


Servis keempat dilakukan pada jarak perjalanan 40,000KM. Servis ini merupakan servis major pertama diterima kereta yang mana banyak bahagian dicadangkan untuk ditukar. Untuk Perodua Alza, penapis udara, penapis kabin termasuk minyak brek.


Sementara itu, Perodua Aruz, dicadangkan untuk membuat penukaran penapis udara, minyak gear, penapis kabin, Gasket  - Rear Differential, minyak transmisi auto, Drain Plus Gasket - AT, penyejuk radiator dan minyak brek.


Jumlah kos servis ketiga termasuk harga servis asas, SST dan upah buruh ialah RM398.90 (Alza) dan RM563.06 (Aruz).


Nota: Servis yang sama akan diterima Alza dan Aruz pada jarak perjalanan 80,000KM.


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis keempat: RM1,119.97

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis keempat: RM1,173.65


Servis Kelima: 50,000KM




Perodua Alza baharu dan Aruz menerima servis asas seperti biasa dengan jumlah kos servis yang termasuk SST dan upah buruh. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).

 

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kelima: RM 1,356.83

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kelima: RM 1,370.57

 

Servis Keenam: 60,000KM


Perodua Alza menerima servis sama seperti pada 20,000KM manakala Aruz pula sama seperti yang diterima pada 30,000KM yang mana kedua-duanya termasuk penukaran penapis kabin selain servis asas.


Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM297.81 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis keenam: RM1,654.64

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis keenam: RM1,622.94

 

Servis Ketujuh: 70,000KM


Perodua Alza baharu dan Aruz menerima servis asas seperti biasa dengan jumlah kos servis yang termasuk SST dan upah buruh. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis ketujuh: RM1,891.50

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis ketujuh: RM1,819.86

 

Servis Kelapan: 80,000KM


Kedua-dua Perodua Arus dan Alza menerima servis major yang kedua selepas servis major pada 40,000KM.


Jumlah kos servis ketiga termasuk harga servis asas, SST dan upah buruh ialah RM398.90 (Alza) dan RM563.06 (Aruz).

 

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kelapan: RM2,290.40

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kelapan: RM2,382.92

 

Servis Kesembilan:90,000KM

Perodua Alza baharu menerima servis asas seperti biasa, manakala Aruz pula servis asas serta cadangan penukaran penapis kabin.


Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kesembilan: RM2,527.26

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kesembilan: RM2,635.29


Servis Kesepuluh: 100,000KM


Servis major 100,000KM Alza



Servis major 100,000KM Aruz


Pada jarak perjalanan 100,000KM kereta perlu menerima servis besar yang wajib dilakukan kerana membabitkan pertukaran beberapa komponen baharu. Bagi servis kali ini, Alza baharu memerlukan pertukaran cecari minyak CVT, Drain Plug Gasket - CVT, set palam pencucuh, dan penapis kabin. Sementara itu Aruz pula memerlukan penggantian set palam pencucuh.


Jumlah kos servis kali ini termasuk servis asas, SST dan upah buruh ialah RM633.61 (Alza) dan RM444.03 (Aruz)


Kos Penyelenggaraan Perodua Alza Baharu VS Perodua Aruz: Mana Satu Yang Lebih Murah?


Berdasarkan jumlah keseluruhan yang diperlukan dari servis pertama hingga yang terakhir, jelas ternyata bahawa Perodua Aruz memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih murah berbanding Perodua Alza. Namun begitu, perbezaannya tidak begitu ketara, hanya RM81.55 sahaja!


Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kesepuluh: RM3,160.87

Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kesepuluh: RM3,079.32


Baca: Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)

Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik


Pemenang bagi persaingan kali ini jatuh kepada:

 

Perodua Aruz



Akhir Kata...


Kos servis adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana kereta. Dalam kes ini, perbezaan dari segi kos penyelenggaraan antara dua model dengan 7 tempat duduk ini tidaklah begitu jauh berbeza. Ingat, kos pemilikan ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana kereta memerlukan penjagaan yang sepatutnya dan secara berkala supaya dapat bertahan lama.

Sumber: Perodua

Tag:

Perodua
Perodua Aruz
PERODUA ALZA 2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Berita Auto

Sah! Perodua Bakal Lancar Model Terbaharunya, Traz/Nexis D66B Pada 17 Dis Ini

Perodua mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan secara rasminya Perodua Traz/Nexis D66B, pada 17 Disember ini.

12-12-2025
Berita Auto

Selepas QV-E, Perodua Nexis/Traz Pula Bakal Dilancarkan Dis Ini

Perodua menyiarkan satu lagi video teaser mengenai model terbaharunya iaitu Perodua Nexis/Traz.

09-12-2025
Berita Auto

Perodua QV-E, Ada Yang Dah Mula Pandu Uji

Sebuah Perodua QV-E dirakam sedang dipandu uji di Glenmarie, Selangor.

08-12-2025
Berita Auto

Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO

Perodua perjelas isu klausa 'Pematuhan Syariah' dalam dokumen Pajakan Bateri QV-E (BaaS).

03-12-2025
Berita Auto

Perodua QV-E Terima Penarafan 5 Bintang

Perodua QV-E yang merupakan air tangan buatan Malaysia meraih penarafan penarafan keselamatan 5 bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021 hingga 2025.

02-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

JPJ Buat Laporan Polis Sebab Nombor Pendaftaran "EE"

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat di media sosial.

18-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025