Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda, Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan UMW Toyota Motor dan Gazoo Racing sejak dua tahun menujukkan perkembangan yang cukup membanggakan.

Apa tidaknya, rata-rata pelumba muda yang terlibat dalam sukan permotoran ini, kini berada dalam kedudukan teratas.

Sebagai buktinya, pada perlumbaan Vios Sprint Cup yang berlangsung hujung minggu lalu, pelumba muda Putera Adam yang berusia 16 tahun berjaya merangkul kemenangan berganda bersama-sama rakan yang juga pelumba veteran, Eddie Liew menerusi pasukan Laser Motor Racing.


Malah, perlumbaan itu turut menyaksikan prestasi cemerlang Naquib Azlan dan juga Mika Hakimi

Untuk makluman, ketiga-tiga pelumba muda itu adalah perintis Program Pembangunan Pelumba Muda yang mula diperkenalkan pada tahun 2021.

Program ini bertujuan untuk melatih pemandu berusia antara 16 dan 20 tahun yang beralih daripada perlumbaan karting dan simulasi kepada perlumbaan kereta sebenar.

“Adalah luar biasa untuk melihat pelumba muda ini menunjukkan kemajuan yang begitu pantas. 

“Kami berbangga kerana kebanyakannya telah bersaing dan mengecapi kejayaan dalam acara lain pada perlumbaan Cabaran Vios dan Piala Vios Sprint di mana mereka telah berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi mengasah kemahiran pemanduan dan perlumbaan mereka,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Untuk info, GAZOO Racing Vios Sprint Cup menampilkan dua pusingan dengan empat perlumbaan berasingan. 


Ia merupakan perlumbaan one-make yang memerlukan pasukan dua pelumba bertempur di dalam tempoh satu jam untuk merebut hadiah bernilai sehingga RM60,000.

Berikut merupakan keputusan perlumbaan kedua Vios Sprint Cup:

1. Eddie Liew/Putera Adam (Laser Motor Racing)

2. William Ho/Liew Jo Choon (Toyotsu Racing)

3. Zizan Razak/Mitchell Cheah (Prima Pearl TD Racing)

4. Freddie Ang/James Liam Russell (Telagamas Toyota)

5. Mika Hakimi/Tengku Djan Ley (Prima Pearl TD Racing)


Tag:

UMW Toyota Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana

Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana

Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86.

01-03-2024
Pandu Uji
Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?

Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?

Ini komen dari luhur hati seorang mak-mak.

01-01-2024
Berita Auto
PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?

PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?

Tunggu pengumuman rasmi UMWT, pada Isnin ini.

26-08-2023
Berita Auto
Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026