Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana

Suhana Veru

1-3-2024

Kongsi melalui

image.png

Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86 yang dahulunya dikenali sebagai GT86.

Dengar cerita, bagi yang mempunyai lesen kereta manual, ia tidak menjadi masalah besar buat mereka untuk memandu kereta ini.

Namun sangkaan saya meleset apabila saya diberi peluang untuk pusing-pusing dengan Toyota GR86 di sekitar pejabat kami yang terletak di Serdang Raya, Selangor.

image.png

Bukan apa, sebaik saya melangkah masuk dan menghidupkan enjinnya lalu memasukkan gear, kereta masih tak jalan.

Rupa-rupanya, ia bukannya macam nak  bawa kereta Perodua Viva manual yang aku pakai lebih 15 tahun lalu.

image.png

Sebabnya, klac kereta ini agak panjang sedikit berbanding kereta manual. Maka, cara mengimbangkan klac dengan gear minyak mengambil sedikit masa untuk aku.

Walaupun, enjinnya mati dalam 4, 5 kali, mujurlah rakan sekerja saya ikut sekali ketika nak test drive.

Memang gabra sedikit, tapi bila dah cuba banyak kali, tak susah mana pun nak bawa GR86. 

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.

image.png

Lagi satu, siapa kata perempuan tak boleh bawa Toyota GR86?

Tak susah mana pun ya, asalkan korang boleh kendali kereta manual, cuma yang ini, korang kena ambil masa sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan gearnya.

Yang lain-lain, tiada masalah!

PANDU UJI!

image.png

Bercakap mengenai prestasinya, sebelum itu, saya ingin bercerita mengenai enjin yang digunakan.

Toyota GR86 menggunakan enjin boxer empat silinder baharu yang mempunyai sesaran 2.4 liter. 

Enjin aspirasi semulajadi itu mampu menghamburkan kuasa setakat 234 hp dan tork 250 Nm.

image.pngimage.png

Ia dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 6.8 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 226 km/j.

Bercakap mengenai GR86, orang kata “Fun To Drive”. 

image.pngimage.png

Memang betullah kata-kata orang luar, ia memang seronok untuk dipandu kerana pecutannya lebih padu, bunyinya yang mengaum dan yang penting, pengendaliannya yang cukup mantap!

Bagi saya pecutannya jentera ini lain macam dan menurut rakan sekerja saya, Thoriq Azmi, pecutannya lebih kuat berbanding sebelum ini.

image.png

Gara-gara tidak begitu arif dengan kereta sports, Thoriq membawa saya untuk merasai pemanduannya yang benar.

Pendek kata, bab-bab macam ini, of courselah kerja lelaki untuk mendengar secara live ngauman enjinnya.

Apa yang pastinya, deruman enjinnya cukup mengujakan ketika dipandu laju. Sudah menjadi lumrah, bunyi enjin menjadi faktor utama untuk mana-mana kereta sports.

image.pngimage.png

Jika kereta sports tiada deruman bunyi enjin, maka tak ghairalah kita nak bawa sangat!

Sebaliknya, apa yang saya mendapati ialah apabila gearnya berada di gear 4, bunyinya seolah-olah fake, tapi taklah teruk mana pun.

image.pngimage.png

Di sebalik bunyi kereta sports, bagi saya sebagai pemandu, kita amat menitikberatkan mengenai aspek pengendaliannya.

Disebabkan enjin boxernya terletak di tengah-tengah axle depan, maka sterengnya cukup lincah.

Pendek kata, kalau bawa kawasan berbelok, memang sedaplah.

Ini kerana ia dibantu dengan suspensi hadapan MacPherson Strut serta belakang Double Wishbone. Malah, terdapat juga Stabiliser dengan spring dan penyerap hentakan talaan GR  bagi meningkatkan lagi keseronokan.

image.png

Selain itu, bagi yang memandu kereta GR86 manual saya cuma mahu ingatkan, janganlah ambil masa begitu cepat untuk menukar gearnya kerana anda perlu beri sedikit masa untuk RPMnya jatuh.

Jika anda membuat pertukaran gear dengan cepat, ini membuatkan kereta itu sedikit tersentap.

Maknanya, bagilah dia menarik nafas sedikit sebelum membuat pertukaran gear. Apapun, walaupun pecutannya padu, ia sebenarnya boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Ia sebenarnya sama sahaja dengan kereta manual yang lain, ia tetap boleh digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Secara keseluruhannya, bagi yang nak berjinak dengan kereta sports, bolehlah beli kereta GR86 sebelum tukar kepada kereta sports yang lebih power.

Ia tidak seperti adik-beradiknya yang lain (Corolla dan Supra), anda kena tahu GR86 direka untuk menjadi kereta sport RWD yang ringkas dan ringan supaya ia mudah dan seronok dipandu. 

Disebabkan GR86 tidak disertakan dengan GR-Four AWD seperti GR Corolla, namun GR86 masih mendapat mod pemanduan 'Track' . Ia ditambah dengan butang untuk melepaskan kawalan cengkaman kereta untuk pemanduan yang lebih seronok.

Sebalinya, output kuasanya dikatakan agak sederhana sekali gus membuatkan mod trek GR86 tidakdapat  mengeluarkan sebarang kuasa tambahan pada roda belakang kereta. 

Ia cuma melonggarkan sedikit kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VCS) kereta bagi membolehkan anda memandunya dengan seronok tanpa ada halangan.

Bagi saya, ia adalah kereta sports yang sangat simple, tiada butang canggih sangat sport yang sangat simple (ringkas) tanpa terlalu banyak elektronik atau turbo

Jadi, jika anda berkemampuan dan mendambakan kereta sports, mungkin ini pilihan terbaik! 

Apapun, tanya poket dulu.

BADAN MONTOK!

image.png

Selain pandu uji, menjengah bahagian luarannya, GR86 hadir dengan rekaan  berbentuk bulat dan montok sedikit manakala gril hadapannya agak condong ke bawah.

Bagaimanapun, jika sekilas pandang, nampaknya GR86 ada rupa macam kereta Porsche.

Betul tak?

Selain stereng, logo GR turut dipasang di hadapan gril, di atas butang penghidup enjin dan bahagian belakang.

image.pngimage.png

Selain itu, Toyota dilihat menggunakan hud depan dan  bumbung  yang diperbuat daripada aluminium yang sebenarnya bertujuan untuk merendahkan kedudukan pusat graviti selain menambah baik pengendalian jentera ini.

Selain itu, beberapa bahagian seperti saluran udara di tepi tayar juga menggunakan material plastik termasuk di belakang.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai tayarnya, ia dibalut dengan dengan tayar 215/40 dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci.

Untuk rekaan model ini, ia hadir dengan gril 'matrix' serta bahagian sisi dengan 'air ducts' selain lampu utama -Bi-LED dan pada bahagian belakang.

Selain itu, satu-satunya varian tunggal ini dipasang dengan  dengan dwiekzos dan spoiler 'ekor itik' pada pintu but bagi menyerlahkan lagi ciri erodinamik.

Bagaimanapun, GR86 baharu ini  tidak disertakan dengan brek kaliper khusus GR seperti yang kami lihat pada GR Corolla.

Apa yang membuatkan ia mengancam, ia cuma hadir dengan dua pintu. Dari sini, anda mungkin sudah faham bagaimana pula dengan keadaan kabinnya.

Bagaimana kabin kereta sports?

Mungkin bukan ramai yang sudah membiasakan diri dengan susun atur kabin kereta sports.

Yang pertama, ia hadir dengan cermin tanpa bingkai. Ketika melangkah masuk ke dalam kereta ini, saya sudah dapat merasakan ia kereta sports kerana tempat duduknya jenis bucket.

Tempat duduknya juga dibalut dengan material kulit dan suede berserta kemasan hitam dan merah dengan larasan elektrik untuk pemandu dan penumpang.

image.png

Ia juga hadir dengan sistem infotainmen bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan  Apple CarPlay dan Android Auto serta terdapat enam pembesar suara.

Untuk kenyamanan ia dilengkapi pendingin hawa dwizon automatik dan pemandu disediakan dengan meter TFT bersaiz 7 inci dengan roda stereng tiga jejari boleh laras dengan pedal gear.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, instrumen digital separa dengan reka bentuk  GR  dan terdapat beberapa port pengecas USB.

Sementara itu, brek tangannya juga terpacak seperti kereta manual yang lain .

Apapun, GR86 ini juga mendapat beberapa sentuhan premium, seperti stereng kulit GR dan karpet GR.

image.pngimage.png

Bagaimanapun bahagian penumpang belakang yang sempit menjadikan ia lebih sesuai untuk anak-anak kecil.

Penulis yang hanya melangkah masuk ke bahagian belakang, saya berasa semput sedikit kerana ruangnya cukup terhad.

Secara keseluruhannya, kabin GR86 sebenarnya banyak ditambah baik berbanding model terdahulunya.

Selepas membaca kupasan saya, mungkin ada yang tertanya-tanya, berbaloikah beli Toyota GR86?

BERBALOI KE BELI?

Selain prestasi dan pemanduan yang menyeronokkan, Toyota GR86 sebenarnya melambangkan ia merupakan sebuah kereta klasik tetapi masih moden.

image.png

Walaupun ia dianggap sebuah kereta berprestasi 'paling mampu milik' di kebanyakan pasaran antarabangsa, namun senario itu mungkin tidak sama di Malaysia.

Unit pandu uji ini dijual pada harga RM295,000 dan pastinya  tanda harga itu membuatkan ada yang tidak berpuas hati apatah lagi keadaan kabinnya yang ngam-ngam.

image.pngimage.png

Mungkin ada yang berpendapat bahawa terdapat pilihan lain yang lebih murah di luar sana, seperti Volkswagen Golf GTI (RM252,990), yang menawarkan pemanduan menyeronokkan yang hampir sama .

Selain Volkswagen, ada yang mungkin menganggap baik beli Mazda MX-5 Miata.

Dalam beberapa dekad yang lalu, Mazda MX-5 Miata telah menjadi salah satu kereta sports paling popular di pasaran yang menggabungkan keberkesanan kos dengan sempurna dan pengalaman pemanduan yang mudah tetapi sengit. 

Tapi Toyota GR86 juga merupakan tawaran popular, tetapi dalam segmen yang berbeza

Seperti diketahui umum, Mazda MX-5 dan Toyota GR86 telah menjadi saingan hebat dalam pasaran kereta sport mampu milik kerana kedua-duanya menekankan pengalaman pemanduan.

Namun semuanya bergantung pada poket dan selera masing-masing.

Lagipun, penawaran model  Japan Domestic Market yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sebenarnya adalah satu keistimewaan memandangkan GR86 kini sudah tidak dikeluarkan di beberapa pasaran antarabangsa.

Pada hemat saya, sekiranya anda memang meminati kereta sports dan  berkemampuan, maka Toyota GR86 adalah pilihan terbaik!


SPESIFIKASI

2024 TOYOTA GR86 6MT 

ENJIN

2.4-litre 4-cyl naturally-aspirated 'Boxer', petrol

DRIVELINE

6-speed manual, RWD with Rear LSD

KUASA

234 HP @7,000 RPM

TORK

250 NM @3,700 RPM

0-100 KM/J

6.8 saat

V-MAKS

226 KM/J

BAHAN API

-

BERAT

1,291 KG 

HARGA

RM295,000
Tidak termasuk insurans

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motors
Toyota GR86
Mazda MX5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?

Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?

Ini komen dari luhur hati seorang mak-mak.

01-01-2024
Berita Auto
PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?

PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?

Tunggu pengumuman rasmi UMWT, pada Isnin ini.

26-08-2023
Berita Auto
Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

01-11-2022
Berita Auto
Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda

Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda

Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.

25-07-2022
Global
Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series

Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series

Keanu Reeves baru-baru ini mempertontonkan kemampuannya sebagai pelumba yang hebat dalam siri perlumbaan profesional Toyota GR Cup Series.

07-10-2024
Kereta Baru
Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

UMW Toyota Motor (UMWT) kini juga membuka tempahan untuk Toyota GR86 2024.

16-08-2024
Global
Toyota GR86 2025 Diperkenalkan Di Jepun, Ada Edisi Khas "Ridge Green Limited" Yang Elegan!

Toyota GR86 2025 Diperkenalkan Di Jepun, Ada Edisi Khas "Ridge Green Limited" Yang Elegan!

Toyota GR86 2025 diperkenalkan di Jepun. Apa yang menarik?

15-07-2024
Berita Auto
Tiada Lagi Toyota GR Selepas Ini? Ini Kata Ketua Jurutera Toyota GR86...

Tiada Lagi Toyota GR Selepas Ini? Ini Kata Ketua Jurutera Toyota GR86...

Model prestasi tersebut (GR86) merupakan kereta GR Performance yang terakhir.

07-10-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025