Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Audit Dedahkan Isu e-Services JPJ, Imigresen Tidak Efisien

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 mendedahkan bahawa objektif projek e-Services oleh syarikat perkhidmatan kementerian pengangkutan dan dalam negeri, serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak tercapai sepenuhnya kerana aspek pengurusan perkhidmatan tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


“Tidak dinafikan projek perkhidmatan konsesi kerajaan elektronik atau e-Services membantu kerajaan meluaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tetapi objektifnya masih belum tercapai sepenuhnya.

Kelewatan memuktamadkan perjanjian menyebabkan pembayaran caj perkhidmatan di luar perjanjian berjumlah RM73.43 juta dibuat melalui kelulusan pengecualian khas.


“Pengurusan perjanjian yang lemah juga menyebabkan kelewatan penghantaran hasil berjumlah RM38.94 juta dalam JPJ dan RM252.01 juta dalam JIM ke dalam akaun kerajaan, mengakibatkan hasil tidak diakaunkan dalam jangka masa [sepatutnya].

"Penalti berjumlah RM1.56 juta yang perlu dibayar kepada JPJ juga masih belum dijelaskan oleh syarikat perkhidmatan," katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia (Foto: HM)

Laporan tersebut turut menunjukkan bahawa terdapat 10,726 transaksi permohonan yang tidak berjaya membabitkan RM19.74 juta masih disimpan dalam akaun bank syarikat perkhidmatan.

Laporan itu menyatakan sebanyak 7,586 transaksi pembaharuan lesen kenderaan bermotor dengan jumlah RM0.69 juta dibuat dari September 2021 hingga Mac 2022 melalui kiosk dokumen pengenalan diri yang tidak dinyahaktifkan, walaupun perjanjian tidak membenarkan pembaharuan dilakukan di Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengangkutan Malaysia (Foto: Selangor Kini)

Ketua juruaudit negara mengesyorkan JIM mempercepatkan proses memuktamadkan perjanjian tambahan untuk mengelakkan pembayaran di luar perjanjian daripada berulang.

“JPJ dan JIM perlu memastikan prosedur kutipan dan kiriman bayaran adalah jelas dan teratur supaya hasil kerajaan dapat diurus dengan baik dan cekap.

“Pengiriman wang mesti dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan supaya hasil kerajaan dikira dengan segera.

"Penalti juga mesti dikenakan ke atas syarikat perkhidmatan dalam tempoh masa yang sesuai," kata laporan itu.

Tambahnya lagi, untuk mengelakkan risiko penyalahgunaan dan kebocoran data peribadi orang ramai, JPJ dan JIM perlu memastikan keselamatan data yang dimasukkan pengguna ke dalam portal syarikat perkhidmatan.

Sumber: FMT





Tag:

JPJ
JIM
Jabatan Audit Negara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

15-07-2025
Berita Auto

Bas Smart Selangor Terbalik, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah bas Smart Selangor terbabas sendiri di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, pagi tadi.

14-07-2025
Berita Auto

JPJ: Anggota JPJ Potong "Double Line", Akhirnya Digantung Tugas

Tindakan yang dikenakan termasuk pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar.

10-07-2025
Berita Auto

JPJ: 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha, Mercedes-Benz Dipanggil Balik

JPJ memanggil balik sebanyak 8,322 kenderaan membabitkan tiga jenama.

09-07-2025
Berita Auto

Tak Patut Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Serta-merta, Anggap Terburu-Buru, Berat Sebelah

Sepatutnya langkah yang sama itu turut dikenakan kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan persendirian.

08-07-2025
Berita Auto

Jangan Tertipu, Tidak Wujud Sebarang Piawaian ‘Pematuhan Cermin Gelap PUSPAKOM!

Syarikat filem penapis haba dan runner kenderaan diminta supaya tidak mengelirukan orang awam terutamanya berkaitan pematuhan cermin gelap.

08-07-2025
Berita Auto

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan.

07-07-2025
Berita Auto

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025
Berita Auto

Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas

Bangkai helikopter AS355N PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru telah dinaikkan, pagi tadi.

17-07-2025
Berita Auto

Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa

Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.

17-07-2025
Berita Auto

Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang

Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.

17-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto

MOT Lantik 4 Syarikat Untuk Lancarkan Urusan Pemeriksaan, Tukar Hak Milik Kenderaan Persendirian

Bagi melancarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik empat syarikat bagi melaksanakan perkhidmatan itu.

16-07-2025
Berita Auto

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025
Berita Auto

Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Bermula Esok!

Kementerian Kewangan mengumumkan harga diesel dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula esok.

16-07-2025