Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Baru Tahu Mak, Ayah Bercuti Ke Terengganu," 4 Maut Dirempuh Lori Kontena

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Empat maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM135.7 LPT 1 berdekatan susur keluar Chenor, pada pagi Sabtu lalu. 




Ketua Balai Bomba Temerloh, Syed Mohsin T. Ismail berkata, dalam kemalangan tersebut, sebuah lori kontena merempuh lori tunda LPT yang sedang mengangkat Proton Exora yang rosak di bahu jalan sehingga mengakibatkan kereta tersebut terjatuh ke dalam gaung berkedalaman hampir 40 kaki. Turut berada di bahu jalan sama ialah sebuah Proton Waja.


Harian Metro telah menghasilkan infografik menunjukkan gambaran kejadian:





Empat mangsa maut dalam kemalangan itu ialah pemandu trak tunda, Mohd Azuan Zainal Abidin, 53, dan juga tiga orang penumpang Proton Exora, Mohamed dan Kamariah, serta Muhammad Danial Danish.


"Tiada Siapa Tahu Emak, Ayah Bercuti ke Terengganu"




"Tidak semua yang tahu mak dan ayah, termasuk ahli keluarga yang lain nak bercuti ke Kuala Terengganu. Malah, tiada update pun dalam group WhatsApp keluarga,” luah anak ketiga pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan tersebut. 


Kehilangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata oleh keluara ini. Tiga ahli keluarga pergi secara serentak, iaitu pasangan warga emas, Mohamed Samsudin, 75, dan Kamariah Hamzah, 72, dan Muhammad Danial Danish Mohd Ali, 14. 


Bapa Muhammad Danial Danish, Mohd Ali Mohd Amin, 45, tidak bermaya selepas membuat pengecaman jenazah anaknya.


“Baru Jumpa Ayah Semalam”


Turut berhadapan dengan kehilangan ialah keluarga kepada pemandu trak tunda LPT, Mohd. Azuan Zainal Abidin, 53, yang ditugaskan ke lokasi Proton Exora yang rosak di tepi jalan sebelum tragedi kelam ini menerpa.  




Anak kepada mangsa, Nor Hanis Syahirah, 17, Mohd. Azuan yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini berkata, kejadian tersebut diketahui selepas ibu saudaranya datang ke asrama untuk membawanya ke  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).


“Saya memang terkejut sebab baru petang semalam ayah datang jenguk saya dan kakak di asrama. Kami berbual masa biasa, tiada yang pelik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hoshas.


Katanya, bapa sering datang melawat dia dan kakaknya, Nor Alea Syafiqah, 18, di asrama sekolah itu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


CariCarz berharap agar kesemua keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian menyedihkan ini diberikan kekuatan. 


Al-fatihah kepada kesemua yang pergi dalam tragedi di lorong kecemasan LPT ini.


Sumber: Utusan, Astro Awani, Bomba & Penyelamat Negeri Pahang/Bomba Dan Penyelamat Temerloh




Tag:

kemalangan
Proton Exora
Proton Waja
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Global

23-07-2024
Berita Auto

06-03-2024
Berita Auto

20-10-2023
Berita Auto

18-07-2023
EV

30-05-2023
Berita Auto

25-04-2023
Berita Auto

06-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
BUDI95 200 Liter Berapa KM Boleh Jalan, Jangan Terkejut
Berita Auto
Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto
Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026