Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

CAAM Perkenal Sistem UAS Untuk Pantau Aktiviti Dron

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perhatian kepada yang ingin membeli dron berisiko tinggi!

Apakah maksud dron berisiko tinggi? Ia sebenarnya bermaksud dron yang beratnya melebihi 300 kilogram (kg).

Selepas ini, jika anda mahu membeli dron jenis ini (berisiko tinggi), anda perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum menerbangkan dron terbabit.

Malah, bagi yang ingin membeli dron mengikut kategori sama ada di kedai atau secara dalam talian, mereka perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh  CAAM.

Ini kerana CAAM akan memperkenalkan satu sistem bagi mengurus dan memantau aktiviti dron yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Trafik 'Unmanned Aircraft System' (UAS) atau 'UTM System'.

Sistem ini akan beroperasi pada November depan.

CAAM tampil dengan sistem itu memandangkan dron dilihat semakin popular dalam kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa kerana ia mampu merakam foto dan video udara dengan pantas dan berkualiti.

Untuk itu, dikhabarkan CAAM akan memberikan penerangan serta pendedahan kepada orang ramai betapa pentingnya penggunaan dron secara terkawal dan selamat.

Selepas ini, terdapat dua peringkat yang perlu dilalui oleh pengendali dron sebelum dibenarkan untuk menerbangkan gajet terbabit.


Berikut adalah perinciannya:

Penggunaan dron perlu didaftarkan

Perlu ada kelulusan daripada CAAM sebelum melakukan sebarang penerbangan dron

Difahamkan, tindakan itu diambil bagi memantau keselamatan, sekiranya berlaku masalah atau kesilapan yang mungkin disebabkan cuaca.

Maka, pihak CAAM boleh mengesan pemiliknya dan punca kejadian dengan kadar segera.


Bagi pembelian dron berisiko tinggi yang mungkin beratnya melebihi 300 kilogram, sekiranya terjatuh, ia boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain, maka gajet ini memerlukan lesen. 

Jadi penjual perlu melihat lesen pengendalian dron dan MyKad.

"Kalau tiada lesen, mereka tidak boleh beli dan menerusi sistem berkenaan ia mungkin menyatakan dron yang ingin dibeli itu tidak sesuai kerana tidak mempunyai lesen bertauliah," kat Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026