Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] SUV Elektrik Kia EV9 Kini Sedang Diuji, Bakal Dilancarkan 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kia mengumumkan bahawa syarikatnya kini sedang menjalankan ujian ke atas Kia EV9, model produksi berdasarkan EV9 Concept yang pernah didedahkan tahun lalu sewaktu AutoMobility LA di Los Angeles, Amerika Syarikat. 


EV9 Concept


Kia mengesahkan bahawa model yang bakal ditawarkan ini nanti merupakan sebuah SUV elektrik. 




Berdasarkan hebahan media Kia bertarikh 25 Ogos, EV9 yang menggunakan pelekat samaran sedang melalui program yang dinamakan “ujian intensif akhir,” untuk menguji tahap ketahanan sebenar SUV ini. 


Kia nampaknya ingin memastikan EV9 yang dikeluarkan nanti memiliki kehebatan yang sama atau mungkin lebih hebat daripada EV6 dan juga Niro EV yang kini laris di pasaran. Untuk tujuan ini, Kia menjalankan pelbagai ujian ke atas EV9 misalnya dengan menguji kemampuan sistem 4WD kereta untuk mendaki bukit, menggunakan jalan yang mencabar, serta menguji pengendalian kereta apabila dipandu pada kelajuan tinggi. 




SUV yang dibangunkan dalam tempoh 44 bulan ini akan dilengkapkan dengan pelbagai ciri penting supaya dapat menjadi pesaing sengit kepada EV lain dalam segmen kereta bersaiz besar yang kini ditawarkan dalam pasaran dengan melengkapkan kereta dengan ciri seperti pacuan semua roda, tempat duduk barisan ketiga, serta ruang kargo yang luas. 


Semasa Investor Day yang diadakan pada bulan Mac lalu, Kia berkongsi beberapa lagi informasi lain berkenaan EV9. Menurut Kia, SUV tersebut mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya lima saat, dan boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 540 km dengan cas penuh. 


Selain itu, model ini dikatakan bakal dibina menggunakan platform Electric Global Modular Platform (E-GMP) sama seperti pada EV6 dengan kadar pengecasan sehingga 350 kW. 


Nantikan lebih pendedahan mengenai Kia EV9 sebaik hari pelancarannya semakin hampir. 




Apa pendapat anda mengenai Kia EV9? Agaknya mampukah model ini merasai kemanisan kejayaan sama seperti Kia EV6? Apakah ciri yang anda harapkan daripada EV9? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah. 


Sumber: Kia, Electrek, Cars UK


Baca: Kia Menang Anugerah Car Of The Year!

Baca: Pusat 3S Flagship Kia Pertama Di Lembah Klang Kini Dibuka

Baca: Pemilik EV Hyundai Berkonvoi Dan Bercuti Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Tag:

kia niro ev
Kia EV6
Kia EV9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Kereta Baru

05-07-2023
Berita Auto
Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!

Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!

Kia Amerika dedahkan model EV Niro yang bakal dilancarkan tahun 2023 ini.

12-05-2022
Berita Auto

10-02-2021
EV

22-07-2024
EV

14-05-2024
EV

03-05-2024
EV

08-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026