Link Copiedcheck_circle
EV

EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ingat lagi jenama kereta Smart? Kereta kecil yang sering menarik perhatian kita kerana rekaannya yang sangat unik berbanding kebanyakan kenderaan lain di atas jalan raya Malaysia suatu ketika dulu?


Smart pada suatu ketika dulu, tahun 2004 (Foto: Auto World)


Model ini pada pertengahan tahun 2000-an lalu ditawarkan di Malaysia melalui DaimlerChrysler Malaysia yang kini dikenali sebagai Mercedes-Benz Malaysia. Jenama Smart kini kembali menggegarkan dunia kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama antara Mercedes-Benz dan Geely Group China. Model pertama yang dilancarkan untuk keluaran besar-besaran ialah Smart #1 (disebut sebagai ‘Number One’).




Melalui kolaborasi ini, Mercedes-Benz bertanggungjawab untuk menghasilkan reka bentuknya, sementara sudut kejuruteraannya pula akan diterajui oleh pengeluar kereta dari negara China ini berlandaskan platform elektrik penuh SEA Geely. Dalam artikel ini, CariCarz kongsikan enam fakta penting mengenai model yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.


#1 Smart #1 ini merupakan kereta 100% elektrik – jarak perjalanan antara 420 km ke 440 km


Tidak sama seperti model lama, ‘fortwo’ dan ‘forfour’ yang ditawarkan Smart sebelum ini, Smart #1 tidak lagi menggunakan bentuk badan kecil yang sama dan juga enjin pembakaran dalaman beremisi rendah. Kali ini, ia hadir dalam reka bentuk badan sebuah SUV dan dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya.


Smart #1 menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasangkan di bahagian belakang yang menyalurkan output 268 hp (atau 200 kW)/343 Nm kepada roda belakang. Motor ini dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion 66 kWh. Dari segi prestasi, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. 


Jarak perjalanannya yang mampu ditempuh dengan cas penuh ialah 420 km hingga 440 km (WLTP). Untuk pengecasan, ia boleh dicas menggunakan pengecas AC 22 kW dengan masa kurang tiga jam dari kapasiti 10% ke 80%. Sementara itu, menggunakan pengecas DC 150 kW pula, hanya mengambil masa 30 minit sahaja. 


#2 Menggunakan platform seni bina EV SEA terbaharu Geely 




Smart #1 dihasilkan berdasarkan seni bina Sustainable Experience Architecture (SEA) EV terbaharu daripada Geely, varian SEA2. Platform ini telah direka oleh bekas ketua jurutera Volvo, dan dibangunkan oleh Geely dengan misi untuk mendapatkan platform dengan tahap kemodularan tinggi (high-modularity). 


Untuk makluman, SEA1 dihasilkan untuk segmen kereta bersaiz sederhana (D) dan mewah (E), sementara SEA2 pula untuk kereta kompak ( C) dan bersaiz sederhana (D), SEA Entry (SEA-E) digunakan bagi kenderaan segmen B berharga bajet, SEA-Sport (SEA-S) untuk model sporty, dan akhir sekali SEA Commercial (SEA-C) untuk kenderaan komersial. 


#3 Direka oleh Mercedes-Benz




Tidak pelik kenapa Smart #1 kelihatan hampir sama dengan EV kompak keluaran Mercedes, EQA dan EQB bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian kabin memandangkan ianya dihasilkan oleh jenama yang sama. Persamaan dapat dilihat pada jalur lampu belakang, reka bentuk papan pemuka (dashboard), sistem infotainmen 12.8 inci, bentuk corong penyejuk udara, stereng kereta, tempat duduk dan juga cara pemasangan lampu ambien. 


#4 Saiz yang hampir sama dengan Mini Countryman




Dari segi dimensi, Smart #1 memiliki saiz yang hampir sama dengan Mini Countryman. Berkepanjangan 4,270 mm dengan jarak antara roda 2,750 mm, model ini berkelebaran 1,822 mm dan berketinggian 1,636 mm. Smart #1 hanyalah 27 mm lebih pendek dari segi kepanjangan dan 79 mm lebih rendah berbanding Mini.


Ruang but yang disediakan Smart #1 berkapasiti 273L yang boleh ditambah kepada 411L sekiranya tempat duduk belakang dilipatkan. Sementara ruang simpanan depan atau frunk kereta pula berkapasiti 15L. 


#5 Sangat bergaya, berteknologi tinggi dan selamat




Tak mungkin tak bergaya kalau direka oleh jenama mewah, Mercedes-Benz. Smart #1 juga dilengkapkan dengan pelbagai teknologi moden seperti panel instrumen digital 9.2 inci serta paparan-di-kepala (HUD) 10 inci. Kemantapan kabinnya disempurnakan lagi dengan sistem audio hi-fi Beats 13 speaker bersama dengan skrin infotainmen 12.8 inci. Di samping itu, kereta turut dilengkapkan dengan bumbung kaca panoramik. 


Dari segi keselamatan, kereta ini dilengkapi tujuh beg udara, ABS dan sistem kawalan kestabilan. Selain itu, ia turut hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) penuh yang termasuk kawalan jelajah adaptif dengan fungsi stop-and-go, brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kekal lorong dan pemusatan lorong, bantuan tukar lorong serta pemantau titik buta. 


#6 Akan ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik




Harga bagi Smart #1 yang bakal memasuki pasaran Malaysia ini baru sahaja diumumkan sebentar tadi dalam majlis penandatanganan Perjanjian Pengedaran Am, Proton Edar, sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama Smart bagi pasaran Malaysia dan Thailand.


Jangan terkejut, produk premium ini akan ditawarkan pada harga agak mustahil iaitu di bawah RM100,000! Ini menjadikannya salah sebuah EV kompak premium yang paling mampu milik di Malaysia.


Untuk makluman model Smart #1 dijangka berada di Malaysia seawal Mei 2023 sebelum tempahan dibuka.


Apa pendapat anda mengenai Smart #1? Adakah ciri-ciri yang ditawarkan menarik? Kongsikan di ruangan komen.


Baca: SAH: Proton Jadi Pengedar Kenderaan Smart Di Malaysia/Thailand



Tag:

#proton
Mercedes-Benz Malaysia
Proton Edar
Geely Auto
#smart#1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025